Anda di sini

Penduduk PPR Taman Murni ambil inisiatif kawalan di pintu masuk

Advertisement
AMIR HAMZAH
AMIR HAMZAH

SANDAKAN: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni Batu 7 melalui Persatuan Penduduk Taman Murni mengambil inisiatif  membuat kawalan di pintu masuk taman berkenaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Murni Amir Hamzah @ Pak Amir berkata, ini adalah usaha kita membantu pihak kerajaan dalam memastikan penduduk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Pihak kita juga tidak membenarkan penduduk dari luar memasuki kawasan taman perumahan ini," katanya.

Beliau berkata kelonggaran kebenaran hanya tertakluk kepada mereka hanya ke klinik dan urusan penting.

Pak Amir berkata kawalan pintu masuk ini sebagai langkah kita membendung penularan wabak COVID-19 dan ini kepentingan serta keselamatan penduduk.

“Kawalan pintu masuk Taman PPR Taman Murni ini adalah menghalang orang luar memasuki kawasan taman perumahan kerana kita tidak mengetahui status kesihatan mereka, baik kita mencegah dari mengubati.

"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita harap penduduk di taman ini mematuhi arahan pihak kerajaan," katanya.

Beliau berkata pihak persatuan penduduk juga mendapat kerjasama baik dari pihak pengurusan PPR Taman Murni yang turut sama meletakkan kakitangannya membuat kawalan bersama.

 Penghuni PPR Taman Murni berkawal di pintu masuk taman bagi memastikan tiada orang luar memasuki kawasan taman.
DEMI KESELAMATAN PENDUDUK: Penghuni PPR Taman Murni berkawal di pintu masuk taman bagi memastikan tiada orang luar memasuki kawasan taman.

 

  • oleh
  • Advertisement