Anda di sini

Album sulung Donny E dilancar selepas tamat tempoh PKP

Advertisement
 Dapatkan album solo pertama Donny E dipasarkan selepas tamat tempoh PKP.
BAHARU: Dapatkan album solo pertama Donny E dipasarkan selepas tamat tempoh PKP.

KUCHING: Penyanyi Donny E atau nama sebenar Donny Engkas tampil dengan album solo pertama yang memuatkan lapan buah lagu Iban.

Mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan, album ini merupakan terbitan penuh Syarikat Irama Sibu.

Menurut Donny, rakaman serta susuan muzik dibuat sepenuhnya oleh Wandie Alie selaku penerbit utama dibantu Iskandar Bujang.

Iskandar merupakan jurubunyi yang tidak asing lagi dalam industri muzik di Sarawak.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah ‘Sarawak Maju’, ‘Dara Kumang Menua’, ‘Aku Nemu Nuan Salah’, ‘Mata Enda Alah Tunda’, ‘Ibu Begaya’ dan tiga lagi.

“Saya sangat berpuas hati dengan penghasilan album ini dan berharap peminat lagu Iban akan menyokong album ini dengan membeli DVD yang asli,” katanya.

Promo audio boleh didengar melalui saluran Youtube rasmi W&E Entertainment.

Tambah Donny, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelancaran bagi album ini ditangguhkan sehingga tempoh PKP tamat.

Majlis pelancaran itu nanti katanya akan disertai oleh artis-artis di bawah W&E yang lain.

Album katanya juga bakal dipasarkan di kedai-kedai VCD/DVD di seluruh Sarawak selepas tamat tempoh PKP sebanyak 1,000 unit.

  • oleh
  • Advertisement