Anda di sini

Sebuah rumah musnah terbakar di Kg Bikan Kecil

Advertisement
 Seorang anggota bomba sedang gigih memadamkan api.
GIGIH: Seorang anggota bomba sedang gigih memadamkan api.

LAHAD DATU: Sebuah rumah satu tingkat musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Bikan Kecil, di sini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Darren John, panggilan kecemasan diterima jam 7.19 malam dan mengarahkan tiga jentera dan sebuah utiliti ke lokasi yang terletak 18 kilometer.

"Seramai 17 anggota yang saya ketuai telah tiba di lokasi 7.35 malam dan setibanya di sana sebuah rumah 80 peratus telah terbakar," katanya.

Menurutnya, dengan menggunakan satu aliran 400' dua pancutan sumber air tangki dari jentera operasi pemadaman api dilaksanakan sehingga jam 7.46 malam.

Katanya, keadaan terkawal sepenuhnya dari sebarang bahaya akibat insiden itu 7.46 malam dan operasi ditamatkan jam 9.44 malam.

"Insiden ini tidak melibatkan sebarang mangsa cedera atau meninggal dunia namun siasatan punca dan nilai harta musnah akan dilakukan selepas ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement