Anda di sini

KFC, Pizza Hut berganding bahu berkhidmat dengan masyarakat perangi COVID-19

Advertisement
Pihak polis dan pekerja perkhidmatan awam di Pejabat Daerah Limbang bergambar bersama set KFC masing-masing.
Pihak polis dan pekerja perkhidmatan awam di Pejabat Daerah Limbang bergambar bersama set KFC masing-masing.

KUCHING: QSR Brands (M) Holdings Berhad, pemilik francais dan pengendali restoran KFC dan Pizza Hut Malaysia baru-baru ini menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dengan menghulurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi pandemik COVID-19.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 14 April 2020, kedua-dua jenama ini berikrar untuk meringankan beban petugas dan golongan yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini.

“Setakat ini, KFC dan Pizza Hut Malaysia menyumbang lebih 10,780 set makanan kepada pekerja barisan hadapan terdiri daripada para petugas kesihatan, bomba, polis, media, dan pekerja khidmat masyarakat.

Pekerja barisan hadapan dari Hospital Lahad Datu, Sabah menerima penghantaran makanan KFC & Pizza Hut.  
Pekerja barisan hadapan dari Hospital Lahad Datu, Sabah menerima penghantaran makanan KFC & Pizza Hut.  

“Tidak lupa juga pelajar-pelajar universiti dan masyarakat yang kurang bernasib baik di lebih 100 lokasi di 13 buah negeri,” ujar QSR menerusi satu kenyataan media.

Jelasnya, dianggarkan lebih kurang 20,000 set makanan bakal diterima oleh wira-wira negara, termasuk golongan yang memerlukan.

“Bagi merealisasikan inisiatif ini, KFC dan Pizza Hut bukan sahaja menggunakan khidmat penghantaran yang sedia ada, malah kedua-duanya bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen, sebuah badan bukan kerajaan, untuk mengedarkan makanan kepada komuniti terpinggir di sekitar Kuala Lumpur,” jelasnya lagi. 

Pekerja barisan hadapan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan antara yang menerima sumbangan. 
Pekerja barisan hadapan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan antara yang menerima sumbangan. 

Di samping itu, melalui kolaborasi strategik QSR Brands dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Kedah, Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Pusat Zakat Sabah, Jabatan Agama Islam Labuan dan Lembaga Zakat Selangor, organisasi-organisasi ini bersatu mengagihkan makanan kepada petugas barisan hadapan dan golongan yang kurang bernasib baik.

Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd Nehchal Khanna berkata, COVID-19 adalah situasi yang mencabar bagi semua orang terutamanya bagi petugas barisan hadapan yang bekerja dalam suasana penuh risiko.

“Sebagai tanda penghargaan serta sokongan pihak kami terhadap usaha murni mereka, kami ingin membantu menyediakan makanan secukupnya buat mereka setiap hari. 

Anggota bomba dari Indera Mahkota, Pahang, merakamkan gambar kenangan. 
Anggota bomba dari Indera Mahkota, Pahang, merakamkan gambar kenangan. 

“Kami juga komited untuk terus memastikan makanan yang disediakan di setiap restoran mengikuti tahap piawaian keselamatan dan kebersihan tertinggi,” ujarnya lagi.

“Sebagai peneraju dalam industri makanan dan restoran di Malaysia, kami berharap usaha-usaha akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bersatu padu menghadapi waktu mencabar ini. Mari kita semua duduk di rumah dan jaga kebersihan diri,” tambah Nehchal.

Dalam pada itu, QSR Brands meminta rakyat Malaysia untuk terus memainkan peranan masing-masing bagi membendung penularan wabak ini dengan mengamalkan kebersihan yang baik serta duduk di rumah. 

Kakitangan KFC yang berdedikasi menyediakan makanan untuk pekerja barisan hadapan dan masyarakat kurang berkemampuan.
Kakitangan KFC yang berdedikasi menyediakan makanan untuk pekerja barisan hadapan dan masyarakat kurang berkemampuan.

KFC dan Pizza Hut juga mengambil langkah berpatutan memastikan hidangan makanannya mudah diakses para pelanggan melalui beberapa kaedah penghantaran. 

“Untuk memudahkan pelanggan mengharungi situasi COVID-19, KFC dan Pizza Hut Malaysia telah melancarkan khidmat penghantaran tanpa sentuh 'Contactless Delivery'.

“Proses penghantaran dilakukan tanpa sentuhan antara penghantar dan penerima makanan, sejajar dengan garis panduan kesihatan, sosial dan keselamatan kerajaan,” ujarnya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat Penghantaran ‘Contactless Delivery’ KFC & Pizza Hut, sila layari www.kfc.com.my dan www.pizzahut.com.my.

Advertisement