Anda di sini

Bersatu perangi penularan COVID-19

Advertisement
 

... Tanpa perbezaan kepercayaan politik

KEBANYAKAN daripada kita suka berimaginasi mampu untuk berbuat apa sahaja. Kita gemar buat perkara baharu, mencuba makanan baharu, melancong ke destinasi asing, dan buat perkara-perkara yang kita idamkan selama ini. Tetapi yang malangnya, ramai daripada kita tidak pula mempunyai kecenderungan untuk menjejaki kembali apa yang kita idamkan itu.

Apabila kawan mengajak kita mencuba sesuatu yang baharu, dan kita pula kadangkala yang menolak ajakan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh tidak ada masa, penat, kurang berminat atau takut untuk meninggalkan kehidupan harian zon selesa kita.

 Sekarang masanya untuk kita, semua rakyat Malaysia bersatu dan memainkan peranan menyokong kerajaan, dalam apa juga cara yang boleh, walau sekecil mana pun bagi memerangi penularan wabak berbahaya.
BERSATU: Sekarang masanya untuk kita, semua rakyat Malaysia bersatu dan memainkan peranan menyokong kerajaan, dalam apa juga cara yang boleh, walau sekecil mana pun bagi memerangi penularan wabak berbahaya.

Melakukan sesuatu yang baharu sememangnya bukan mudah, tidak seperti perkara rutin di mana kita boleh belajar daripada pengalaman lalu untuk mengelak daripada membuat kesalahan.

Memulakan sesuatu yang baharu memang akan banyak berdepan cabaran. Kesalahan-kesalahan boleh berlaku dan jika ada kesilapan, amat mudah mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.

 Masih ramai yang masih degil atau sengaja tidak faham dengan fenomena wabak yang sedang melanda dunia serta negara kita waktu ini.
INGKAR: Masih ramai yang masih degil atau sengaja tidak faham dengan fenomena wabak yang sedang melanda dunia serta negara kita waktu ini.

Sama juga dengan  Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa oleh kerajaan kita yang bermula 18 Mac lalu hingga 14 April kerana
ancaman daripada virus COVID-9. Ia sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, inilah kali pertama perintah seumpama itu diaplikasi dan pasti akan ada isu, kesilapan serta salah faham semasa
implimantasi.

Tempoh dua minggu terakhir PKP bakal menjadi penentu sama ada usaha untuk memecahkan rangkaian jangkitan Covid-19 berjaya ataupun
sebaliknya. Tidak dapat dinafikan apa juga inisiatif berskala besar, berisiko berdepan masalah, halangan dan isu-isu tertentu.

Dalam perkara COVID-19, pemimpin negara-negara lain termasuk yang sudah maju seperti England dan Amerika Syarikat (AS) juga tidak
terlepas daripada kritikan mengenai cara mengendalikan wabak berkenaan.

Sememangnya, dunia tidak pernah melihat pandemik seperti COVID-19 dalam sejarah moden. Tidak hairanlah Presiden Donald
Trumps memperlekehkan virus COVID-ini sebagai 'just another flu' atau 'virus China' yang bagi beliau tidak berbahaya. Akibatnya? Rakyat
Amerika Syarikat sama sama menderita sekarang.

Di seluruh dunia, pemimpin-pemimpin jenuh memikir dan melaksanakan apa sahaja cara dan kaedah yang dianggap terbaik untuk membendung
penularan virus berkenaan. Sesetengahnya mencapai kejayaan, namun lebih ramai yang berdepan masalah seperti PKP atau sekatan pergerakan yang dikenali sebagai ‘lockdown’.

 Sekumpulan NGO dari Kota Belud memberi bantuan kepada Hospital Kota Belud.
PRIHATIN: Sekumpulan NGO dari Kota Belud memberi bantuan kepada Hospital Kota Belud.

Bayangkan usaha mengawal pergerakan puluhan atau ratusan juta penduduk dan pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengelak dan mengawal sikap panik dalam kalangan rakyat serta menangani kesan dibawa COVID-19 terhadap ekonomi negara!!

Dua minggu yang lalu, dunia terkejut dengan pembelian panik dan biadap  di bandar-bandar besar Australia yang disifatkannya sebagai ‘un-Australian'.

Ramai kita mungkin tidak menjangkakan krisis wabak COVID-19 telah
membawa malang yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia berbanding dengan krisis-krisis lain seperti perang dagangan China-Amerika Syarikat.

COVID-19 menjejaskan 'kesihatan' ekonomi negara melalui berikut:

Sektor perlancongan dan sektor-sektor berkaitan terjejas akibat sekatan kemasukkan pelancong asing dan kawalan pergerakan yang menjejaskan aktiviti pelancongan domestik.

Sektor-sektor ekonomi dalam negara terjejas akibat kesan rantaian bekalan global. Contohnya, sektor pengangkutan atau logistik udara  terjejas kerana syarikat penerbangan terpaksa mengehadkan atau memberhentikan seketika operasi penerbangan segmen luar negara.

Guna tenaga perniagaan terjejas akibat daripada pekerja-pekerja yang terkena jangkitan dan juga arahan PKP. Akibatnya, pengeluaran barangan dan perkhidmatan akan berkurangan.

Sejauh mana negara berjaya pulih daripada krisis ekonomi akibat COVID-19 bergantung sebahagian besarnya oleh peranan yang perlu
dimainkan oleh isirumah dan pemain industri.

Pada permulaan penyebaran virus baharu ini, ia hanya tertumpu di China. Bagaimanapun, kini penularannya sukar dibendung daripada
merentasi sempadan pelbagai negara.

 Presiden Donald Trumps memperlekehkan virus COVID-19 ini sebagai 'just another flu' atau 'virus China' yang bagi beliau tidak berbahaya.
PERLEKEH: Presiden Donald Trumps memperlekehkan virus COVID-19 ini sebagai 'just another flu' atau 'virus China' yang bagi beliau tidak berbahaya.

Sehingga 2 April 2020, lebih 936,170 penduduk daripada seluruh pelosok dunia dijangkiti COVID-19 dan telah meragut 47,249 nyawa, malah Itali yang paling terkesan dengan wabak ini merekodkan lebih 800 korban dalam tempoh sehari.

Bagaimanapun laporan 2 April 2020  dari Agensi Perlindungan
Awam Itali mengesahkan 727 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, turun dari 837 hari sebelumnya, membawa jumlah kematian akibat wabak yang paling dahsyat  terhadap pandemik virus hingga 13,155.

Di tanah air kita, sehingga 1 April 2020 terdapat 142 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di
Malaysia adalah sebanyak 2,908 kes.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes  kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 45 kes.

Memandangkan COVID-19 begitu berbahaya, rakyat perlu mematuhi PKP yang telah dikuat kuasakan oleh kerajaan tanpa sebarang alasan. Tujuan penguatkuasaan perintah tersebut tidak lain untuk menghentikan atau memutuskan sama sekali rangkaian jangkitan COVID-19 daripada berpanjangan atau menjadi semakin serius untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada virus maut itu.

Malangnya, masih ramai rupanya yang masih 'bebal' dalam Bahasa Sabah atau  berdegil atau sengaja tidak faham dengan fenomena wabak yang sedang melanda dunia serta negara kita waktu ini. Apa sebenarnya dalam fikiran mereka? Bersifat degil dan ambil mudah tidak akan membantu kerana sikap ini akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

Kalau tak sayangkan nyawa sendiri, berilah peluang kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan. Kita tidak pernah diuji dengan wabak berbahaya seperti COVID-19, jadi berilah peluang kepada kerajaan untuk melakukan yang terbaik.

Memang ada kelemahan di sana sini, tetapi isu yang sama juga dihadapi kerajaan-kerajaan lain di seluruh dunia, termasuk di negara maju.

Tunjukkanlah sedikit rasa empati berbanding sikap pembuli sebagai pahlawan papan kekunci kerana sekarang bukan masanya untuk mengkritik atau melemparkan kata-kata merendahkan usaha kerajaan kita, biar bagaimana cara pun pentadbiran kerajaan sekarang dibentuk.

Janganlah kita berpolitik buat sekarang, tunggulah sehingga penularan COVID-19 berjaya dihentikan di negara kita kerana usaha menyelamatkan nyawa dan menghentikan penularan virus berbahaya tidak boleh ditunggu.

Sekarang masanya untuk kita, semua rakyat Malaysia bersatu dan memainkan peranan menyokong kerajaan, dalam apa juga cara yang boleh, walau sekecil mana pun bagi memerangi penularan wabak berbahaya yang tidak dijangka ini. Stay at home!

Advertisement