Anda di sini

Manfaat masa terluang dengan kerja amal

Advertisement
 Barmuli sekeluarga menyiapkan PPE dan pelindung muka ketika menjalani PKP di rumah.
BANTU: Barmuli sekeluarga menyiapkan PPE dan pelindung muka ketika menjalani PKP di rumah.

.. Keluarga Barmuli gunakan PKP untuk menyumbang kepada petugas barisan hadapan

MESKIPUN hanya berada di rumah dan tidak ke mana-mana, tetapi bagi Barmuli Pahrudin, seorang pendidik, waktu yang terluang dimanfaatkan sebaik mungkin bersama keluarganya yang tercinta.

Barmuli yang mengajar di SK Nunuyan dan isterinya, Saliah Parman yang bertugas sebagai guru di SK Sri Tg Papat 2 Sandakan bersama enam anak mereka menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) untuk mengadakan aktiviti untuk membantu mereka yang memerlukan.

 Barmuli sedia menghantar pelindung muka dan PPE kepada petugas barisan hadapan.
HANTAR: Barmuli sedia menghantar pelindung muka dan PPE kepada petugas barisan hadapan.

“Selain masak, makan, minum, antara aktiviti yang sering kami lakukan bersama-sama ialah menonton rancangan televisyen. Kami suka menonton berita. Antara berita yang sering mengusik perhatian ialah mengenai wabak COVID-19. Semua ini menimbulkan rasa insaf.

“Apa yang boleh dibantu? Pasukan 'frontliners' seperti doktor, jururawat, polis, RELA dan sebagainya bertungkus lumus untuk mencegah wabak itu,” katanya yang juga Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah (Sumber Dewasa) merangkap Pesuruhjaya Bahagian Sandakan.

PKP yang dilaksanakan untuk mencegah COVID-19 yang dimulakan pada 18 Mac  lepas selama dua minggu dan sepatutnya berakhir pada 31 Mac dilanjutkan hingga 14 April 2020 menyebabkan berjuta-juta penduduk Malaysia terpaksa duduk di rumah dengan melakukan aktiviti yang terhad dan membosankan. Tidak ada pilihan lain selain bangun, mandi, masak, makan, menonton tv, bermain telefon bimbit dan sebagainya.

 Barmuli menyerahkan sumbangan kepada Sarjan Ngatiran Abd Said Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dan PVR yang ditugaskan di Hospital Duchess Of Kent.
SEDIA MEMBANTU: Barmuli menyerahkan sumbangan kepada Sarjan Ngatiran Abd Said Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dan PVR yang ditugaskan di Hospital Duchess Of Kent.

Melalui berita terkini yang disiarkan di kaca tv, ada berita mengenai kekurangan pelindung muka, peralatan Personel Protective Equipment (PPE) dan sebagainya.

Anak saya, Muhd Izzan Ihtisyam, 26, yang bekerja sebagai pereka, terfikir untuk menyumbangkan pelindung muka dan PPE. Beliau terlibat dalam banyak kumplan komuniti. Di situ timbul idea untuk menyumbang pelindung muka dan PPE kepada mereka yang memerlukan.

“Kami sekeluarga membuat 'Face Sheild' dan PPE Suit untuk dibahagikan ke Hospital Duchess Of Kent.

“Sekadar usaha kecil untuk membantu dan menghargai kakitangan KKM yang banyak berkorban.

“Ini sebenarnya satu pengisian PKP keluarga kami di rumah,” katanya. Kelmarin kami juga bagi bantuan kepada PDRM dan KKM.

Kami juga berterima kasih kepada  grup Sandakan Face Shield Charity yang  juga membantu dan menderma material dan tenaga untuk mempercepatkan kerja-kerja. Antaranya, Steven Tung, Fazli Bakar, Izzati Khamis, Syafawati Sailan, Hasan (Keningau), Sri Wahyuni Alimin dan Erika.

 Barmuli menyampaikan sumbangan kepada staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
SUMBANGAN: Barmuli menyampaikan sumbangan kepada staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Setakat ini kami berjaya menyiapkan kira-kira 700 Face Sheild dan sebanyak 100 PPE Suit. Sasaran kami ialah membuat 1,000 Face Sheild dan 200 PPE.

“Kami mula membuatnya pada 22 Mac. Itulah antara aktiviti kami di rumah," katanya. Mereka sekeluarga kini menetap di Astana Height Sandakan.

Beliau memberitahu, mereka juga mengadakan kolaboratif dengan beberapa individu seperti Steven Tung, Cikgu Noriati Parudin, Cikgu Maria Abd Razar, Cikgu Rosliah Rosmin dan suami, Seri Wahyuni Alimin dan Cikgu Azlan Saman untuk menjayakan program itu.

Selain itu, antara grup yang membantu ialah 3D Printing, Sandakan Face Sheild Charity. Mereka membantu menyediakan dan menderma bahan-bahan untuk membuat PPE dan pelindung muka. Seri Wahyuni juga membantu membuat Face Shield dan suit.

Harapan kami agar sumbangan yang diberikan walaupun kecil boleh dimanfaatkan dan digunakan ketika menghadapi COVID-19 ini.

 Barmuli dan isterinya menyiapkan PPE untuk petugas barisan hadapan.
KERJA BERPASUKAN: Barmuli dan isterinya menyiapkan PPE untuk petugas barisan hadapan.

“Kita berharap agar COVID-19 ini akan segera berakhir. Kita berharap agar mereka yang sakit cepat sembuh dan keadaan akan kembali seperti biasa,” katanya.

Setakat 30 Mac, Sabah merekodkan 201 kes positif COVID-19, negeri keempat mencatat jumlah tertinggi kes positif COVID-19 di negara ini.

Semua orang diperintahkan agar berada di rumah sepanjang PKP yang dijangka berakhir pada 14 April ini. Bezanya, bagi keluarga Barmuli Pahrudin, mereka memanfaatkan masa yang terluang itu untuk kerja-kerja amal dan kemanusiaan.

  • oleh
  • Advertisement