Anda di sini

Tingkatkan amalan jaga kebersihan di rumah

Advertisement
 Amirul menerima sumbangan daripada Tan pada majlis itu. 
SUMBANGA: Amirul menerima sumbangan daripada Tan pada majlis itu. 

LAHAD DATU: Masyarakat di daerah ini digesa untuk mempertingkatkan amalan penjagaan kebersihan di rumah sepanjang Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) ini.

Pegawai Kesihatan Kawasan Daerah Lahad Datu, Dr Amirul Hisham Zainol berkata aktiviti disinfeksi misalnya boleh dilakukan di rumah mengikut panduan yang betul yang boleh didapatkan di laman Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurutnya, amalan itu bukan sahaja sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19 malah aktiviti pembersihan di dalam dan di luar rumah berkesan dalam membanteras pembiakan nyamuk Aedes dan penyakit Denggi.

"Dengan melakukan aktiviti pembersihan di dalam dan di persekitaran rumah, ianya akan memberi banyak manfaat kepada diri dan keluarga yang tentunya akan memberi keselesaan persekitaran sepanjang menjalani PKP," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan peralatan kesihatan daripada Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) dan Gabungan Persatuan Cina Sabah (GPCC) yang disampaikan Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Daerah Lahad Datu Tan Kim Teng di sini.

Mengulas mengenai disinfeksi yang dilakukan di kawasan beresiko, beliau berkata ianya dilaksana dengan kerjasama badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan komuniti kampung.

"Jumlah tempatnya memang banyak dan saya menghargai kerjasama yang diberikan semua pihak dalam menjayakan usaha itu," katanya.

Amirul turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada persatuan yang tampil untuk menyalurkan bantuan.

Beliau juga meminta kepada individu yang telah balik dari kunjungan di luar negara atau luar dari negeri Sabah untuk tampil membuat saringan kesihatan.

  • oleh
  • Advertisement