Anda di sini

Pihak berkuasa leraikan orang ramai berpusu-pusu berbelanja

Advertisement
 Pandangan dari udara keadaan sesak di jalan raya kawasan menuju pasartanjung. - ehsan gambar Facebook.
SESAK : Pandangan dari udara keadaan sesak di jalan raya kawasan menuju pasartanjung. - ehsan gambar Facebook.

TAWAU : Pihak berkuasa terpaksa campur tangan meleraikan orang ramai yang bersesak untuk membeli-belah di premis-premis barang keperluan harian di sekitar bandar Tawau, di sini, semalam.

Difahamkan sekitar waktu pagi, kawasan pasaraya dan Pasar Tanjung dipenuhi orang ramai dan keadaan jalan raya juga agak sesak di kawasan tersebut.

Pihak berkuasa terpaksa menggunakan Siren Sistem Amaran Awal Tsunami untuk memberikan arahan kepada orang ramai supaya tidak bersesak di satu kawasan.

Pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sudah mengarahkan anggota yang bertugas dan pihak pasaraya untuk memantau jarak orang ramai yang datang berbelanja.

 Kelihatan orang ramai berbaris di luar sebuah pasaraya untuk membelibarang keperluan.
BERBARIS : Kelihatan orang ramai berbaris di luar sebuah pasaraya untuk membelibarang keperluan.

Terdahulu, pihak berkuasa sudah menasihatkan hanya ketua keluarga sahaja yang keluar berbelanja dan jangan bersesak di satu kawasan bagi mengelakkan jangkitan wabak COVID-19 berlaku.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya rantaian wabak dapat diputuskan dengan lebih cepat.

  • oleh
  • Advertisement