Anda di sini

Penjaja gerai diminta patuhi arahan penutupan sementara premis

Advertisement
WONG FOO TIN
WONG FOO TIN

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menggesa penjaja gerai di daerah ini mematuhi arahan penutupan sementara aktiviti jualan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Presiden MPS, Wong Foo Tin berkata MPS telah mengeluarkan arahan penutupan sementara bagi aktiviti jualan malam atau harian di semua gerai-gerai termasuk pasar malam di sekitar daerah ini, tetapi masih ramai penjaja yang ingkar dengan arahan itu.

“Pihaknya telah mengeluarkan arahan bahawa tidak ada aktiviti jualan malam atau harian di semua gerai-gerai termasuk pasar malam di pusat bandar, pasar tengah malam (mid night market) berhampiran hotel four point , bazaar Dini Hari,  gerai  di kawasan batu 7  dan gerai batu 8 atau mana mana gerai di seluruh Sandakan,” katanya.

Namun , beliau berkata masih terdapat sebahagian penjaja yang ingkar dengan arahan ini dan cuba menjual di kawasan yang disebutkan itu.

“Sebagai langkah kawalan ke atas penularan penyakit berjangkit wabak COVID-19 , Semua penjaja adalah diminta memberikan kerjasama dan mematuhi arahan ini  di sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan sehingga 14 April depan,” katanya.

Wong berkata notis pemberitahuan mengenai arahan itu akan dimaklumkan kemudian.

 “Sebagai makluman, semua pasar umum di Sandakan yang menjual makanan  keperluan harian dalam bentuk basah dan kering tetap akan dibuka setiap hari mulai jam 6 pagi hingga jam 2 petang  seperti mana yang telah diberitahu sebelum ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement