Anda di sini

Empat lelaki mengaku melanggar PKP di Sibu

Advertisement
 Keempat-empat tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Sibu kerana melanggar PKP.
DIDAKWA: Keempat-empat tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Sibu kerana melanggar PKP.

SIBU: Empat lelaki berusia antara 18 hingga 40 tahun dituduh di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nelson Goh, 23, Lazio Munggu, 18, Alkiam Abai, 40, dan Mathew Menie, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara dua bulan.

Mengikut pertudunan, Nelson yang beralamat di Jalan Wawasan didakwa melanggar PKP pada 26 Mac 2020, kira-kira jam 11.35 malam ketika dalam perjalanan dari bandar Sibu ke Jalan Kwong Ann.

Lazio yang berasal dari Dalat pula didakwa melakukan kesalahan sama ketika dalam perjalanan menunggang motosikal dari Bukit Assek ke Jalan Teku pada 26 Mac 2020, kira-kira jam 10.30 malam.

Sementara Alkiam dan Mathew yang menaiki sebuah kereta didakwa bersama melanggar PKP di Jalan Sentosa pada 26 Mac 2020, kira-kira jam 8 malam.

Sehubungan itu, keempat-empat mereka telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) dan dihukum mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Nelson, Alkiam dan Mathew ma-sing-masing turut dikenakan denda RM2,000 atau sebulan penjara atas kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan diri ketika diperiksa oleh pihak polis.       

Untuk kesalahan itu, ke-tiga-tiga mereka melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Di SARIKEI, empat lelaki yang masing-masing berusia 19, 38, 39 dan 55 tahun didakwa di Mahkamah Sarikei semalam kerana melanggar Perintah Kawalan Perge-rakan (PKP).

Keempat-empat lelaki ter-babit berdepan dua pertuduhan setiap seorang.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Awang Arfian Awang Bujang berkata, daripada pertuduhan tersebut, tiga mengaku bersalah untuk pertuduhan pertama dan kedua, manakala seorang lagi lelaki yang ber-usia 38 tahun hanya mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama tetapi tidak me-ngaku bersalah bagi pertuduhan kedua.

“Kesemua lelaki tersebut telah dikenakan dua pertuduhan setiap seorang, di mana bagi pertuduhan pertama jika mengaku bersalah mereka akan dikenakan hukuman denda RM2,000 dan penjara satu bulan.

“Bagi pertuduhan kedua pula, mereka akan dikenakan denda RM1,000 dan penjara tiga bulan.

“Keempat-empat lelaki terbabit telah diarahkan untuk dipenjara tanpa jaminan kerana didapati bersalah di atas pertuduhan pertama,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya, semalam.

Sehubungan itu, Awang Arfian mengingatkan orang awam agar sentiasa mematuhi setiap peraturan yang dike-luarkan oleh pihak kerajaan di sepanjang tempoh PKP ini.

“Pihak penguasa undang-undang tidak akan teragak-agak mengambil sebarang tindakan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan pada PKP.

“Oleh itu, kita berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang tempoh PKP ini berkuat kuasa untuk kebai-kan bersama,” tegasnya.

Advertisement