Anda di sini

Tiga sekeluarga yang meninggal dunia akibat COVID-19 dijangkiti kes import dari Itali 

Advertisement
 

KUCHING: Tiga sekeluarga yang meninggal dunia disebabkan COVID-19 di sini dijangkiti dari kes import dari Itali, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar).

Pada 21 Mac, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak melaporkan ibu dan anak perempuannya meninggal dunia akibat COVID-19 masing-masing pada 18 Mac dan 21 Mac, sementara anak lelakinya pada 23 Mac.

Keadaan kesihatan pesakit yang kembali dari Itali telah diuji positif serta terus dipantau dan pesakit merupakan ahli keluarga yang sama dengan si mati.

Ketika ditemui pemberita di lobi Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini Dr Sim juga berkata semua kes COVID-19 di Sarawak adalah kes import dan mereka kini telah mengenalpasti terdapat kluster baharu virus melibatkan rakyat Sarawak yang kembali dari Belanda dan Scotland.

"Seseorang itu mungkin tidak ada gejala tetapi mereka boleh menyebarkan virus kepada ramai orang. Justeru, masyarakat kita harus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan duduk di rumah," katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan pesakit yang tidak mempunyai gejala virus itu tidak harus menyalahkan diri mereka disebabkan menyebarkan COVID-19, kerana mereka juga tidak mengetahui bahawa mereka membawa virus pada mulanya.

Advertisement