Anda di sini

#SAMASAMASehati, kolaboratif istimewa Datuk Sri Siti Nurhaliza dan CUCKOO

Advertisement

KUALA LUMPUR: Selaras dengan tindakan kerajaan mempergiat usaha membendung penularan wabak COVID-19, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO), telah melancarkan sebuah video muzik berjudul ‘SAMA SAMA Sehati’ kolaboratif istimewa Datuk Sri Siti Nurhaliza bagi memberi sokongan moral kepada semua petugas barisan hadapan.

Walaupun terdapat limitasi tertentu, CUCKOO dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza berjaya melancarkan video muzik tersebut dalam masa yang singkat, iaitu dalam masa seminggu yang mana lagu tersebut direkodkan oleh Datuk Sri Siti Nurhaliza, melalui telefon pintar dan rakaman video muzik dilakukan dalam masa sehari, sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 18 Mac 2020.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO, Hoe Kian Choon berkata: “Melalui video muzik ini, kami berharap dapat memberi sokongan moral kepada semua petugas barisan hadapan Malaysia dan dunia yang sedang bertungkus-lumus dalam perjuangan bagi membendung penularan dan menangani wabak COVID-19 demi masa hadapan kami.

“Kami juga berharap video muzik ini akan menjadi sumber kekuatan kepada pekerja barisan hadapan pada saat sukar ini. Kami amat berterima kasih kepada semua yang berkhidmat di negara termasuk doktor dan anggota kesihatan, polis, tentera, penjual makanan, pembekal makanan dan penyedia servis penghantaran.

“Kami menyeru agar semua rakyat Malaysia untuk mengikuti nasihat pihak berkuasa dan jangan keluar rumah. Luangkan masa ini bersama yang tersayang atau mengambil masa ini untuk merehatkan minda.

“Marilah kita semua, #SAMASAMA tetap tenang dan menjadi insan yang bertanggungjawab bagi memastikan masa hadapan lebih cerah untuk orang tersayang dan negara. Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan. Kami menzahirkan se-tinggi-tinggi penghargaan atas perkhidmatan anda kepada negara,” katanya dalam kenyataan medianya, baru-baru ini

Pelancaran video muzik ini adalah salah satu misi kempen pendidikan dan kesedaran (CUCKOO Cares) yang bertujuan untuk berkongsi petua kepada rakyat Malaysia tentang cara-cara untuk menjaga dan melindungi diri semasa penularan wabak COVID-19. Kempen ini akan ber-terusan sepanjang mana penyebaran virus tersebut berterusan.

Video muzik boleh didapati di laman rasmi Facebook CUCKOO (@CUCKOOInternational) atau melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/297724433762462/posts/1582238445311048/?vh=e&d=n

Advertisement