Anda di sini

Pihak berkuasa iring masuk kumpulan tabligh tempatan dari Indonesia

Advertisement
 Kumpulan tabligh terbabit disambut pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
DISAMBUT: Kumpulan tabligh terbabit disambut pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

TAWAU: Pihak berkuasa ditugaskan mengiringi sekumpulan jemaah tabligh tempatan memasuki Tawau selepas menerima maklumat kumpulan terbabit berlepas balik ke Sabah pada jam 9.50 pagi, di sini hari ini.

Difahamkan, kumpulan tabligh itu sepatutnya menyertai Acara Ijtima of Asia 2020 di Sulawesi, Indonesia, yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Bagaimanapun, kerajaan Indonesia mengambil pendekatan membatalkan majlis terbabit selepas mengambil kira peningkatan jumlah kes COVID-19 di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Menurut sumber, penugasan mengiringi kumpulan itu melibatkan dua bot ronda Pasukan Polis Marin, dua bot Maritim dan tiga bot Angkata Tugas Bersama (ATB).

Kumpulan terbabit dikatakan pulang semula ke sini menerusi perairan laut Tawau dan tiba di Sungai Pancang, Pulau Sebatik pada jam 3.20 petang.

Sebaik bot penambang yang membawa kumpulan terbabit tiba di laut Sungai Pancang, pihak berkuasa terus mengiringi masuk ke Jeti Terminal Feri Tawau.

Setibanya kumpulan terbabit di Jeti Terminal Feri Tawau, mereka disambut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).



 

  • oleh
  • Advertisement