Anda di sini

MPS arah pemimpin masyarakat main peranan sebar maklumat kepada penduduk

Advertisement
WONG FOO TIN
WONG FOO TIN

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengarahkan semua pemimpin masyarakat memainkan peranan menyebarkan maklumat kepada penduduk kampung serta semua taman perumahan agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Presiden MPS, Wong Foo Tin berkata selaras dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai larangan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020, peranan pemimpin masyarakat amat penting dalam membantu penyebaran maklumat berkenaan.

“Semua lapisan masyarakat di daerah Sandakan adalah diminta untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi manjayakan pengawalan penularan penyakit berjangkit COVID-19,” katanya.

Beliau berkata penjaja pasar umum, pekerja pasaraya atau runcit dan pengendali makanan tapau di restoran agar memakai topeng muka dan sarung tangan sebagai langkah pencegahan penularan penyakit berjangkit COVID-19.

“MPS mengambil langkah perkara-perkara berikut di mana semua penjaja di pasar umum dan pekerja di kedai runcit, supermarkat  dan mereka yg mengendalikan makanan tapau  (take away)  di restoran adalah diminta memakai topeng muka (mask) dan sarung tangan (glove).

“Bersentuhan antara pembeli dan penjual hendaklah dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kawalan ke atas bilangan pembeli yang masuk ke supermarket dan pasar atau mana mana premis yang menyediakan  perkhidmatan essential hendaklah dihadkan dan dikawal supaya jumlah yang masuk tidak terlalu ramai dalam satu masa.

“Pembelian sekaligus bekalan untuk 14 hari adalah digalakan untuk mengelakkan pembelian berulang pada setiap hari.

“Ini bertujuan mengurangkan bilangan pembeli yang ramai dan berkumpul di pasar pada  setiap hari dan mengelakkan peluang untuk bersentuhan dan bersesak sesak,” katanya.

Wong berkata semua langkah-langkah ini diambil oleh kerajaan adalah bertujuan untuk mengelakkan masyarakat berkumpul, mengurangkan bersentuhan dan berdekatan antara satu dengan lain.

“Jika masyarakat terus berada di rumah dan tidak keluar ke bandar sepanjang tempoh 18 hingga 31 Mac 2020 ini, masyarakat telah membantu untuk mengurangkan virus ini dari merebak.

“Kejayaan anda terus berada di rumah bukan saja telah membantu diri anda sendiri, malahan juga merupakan  hadiah dan sumbangan terbesar anda  kepada negara dalam menangani pengurangan jangkitan wabak COVID-19 ini,” tegasnya.

Beliau juga mahu para pemimpin masyarakat adalah digesa membantu menyebarkan maklumat agar penduduk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan terus berada di rumah dan tidak melaksanakan apa-apa aktiviti yang ditegah yang mungkin akan meningkatkan penyebaran wabak ini.

Wong percaya dengan adanya kerjasama dari rakyat di daerah Sandakan dan tindakan bersepadu dari semua pihak termasuk pasukan penguatkuasa, kita akan mampu mengurangkan penularan wabak COVID-19 ini.

  • oleh
  • Advertisement