Anda di sini

Pelajar Sabah di Semenanjung disediakan bantuan

Advertisement
 Shafie (dua kiri) bersama Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr. Yusof Yacob (dua kanan) dan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung (kiri) semasa sidang media.
SIDANG MEDIA: Shafie (dua kiri) bersama Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr. Yusof Yacob (dua kanan) dan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung (kiri) semasa sidang media.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan memastikan semua pelajar Sabah yang berada di Semenanjung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan mendapat bantuan keperluan asas dan makanan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, bantuan berkenaan khusus untuk pelajar yang tidak dapat pulang ke Sabah berikutan larangan terbabit dan terpaksa tinggal di asrama.

Katanya, kerajaan negeri melalui Kementerian Pelajaran dan Inovasi akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memastikan bantuan yang disediakan itu membantu mengurangkan pergerakan pelajar yang terlibat.

"Kita faham tempoh kawalan ini agak pendek sekiranya mereka mahu pulang ke negeri ini selain melihat faktor kewangan golongan pelajar.

"Selain itu, kemungkinan mereka boleh dijangkiti wabak COVID-19 juga ada kerana mereka perlu berada di kawasan tumpuan ramai seperti lapangan terbang dan stesen bas.

"Justeru, saya sudah meminta Menteri Pelajaran dan Inovasi berkomunikasi dengan menteri peringkat pusat mengenai semua universiti yang membolehkan pelajar Sabah tetap berada di dalam kampus untuk memudahkan kita menyalurkan bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah di sini semalam.

Menurutnya, sebahagian pelajar Sabah di Semenanjung yang tiada tempat tinggal dalam tempoh dua minggu larangan berkenaan ditempatkan di Rumah Sabah di Kuala Lumpur hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac ini.

  • oleh
  • Advertisement