Anda di sini

Gereja SIB Long Bedian raikan ulang tahun ke-71

Advertisement
 (Dari kiri) Lihan dan Dennis bersama yang lain semasa upacara doa sempena majlis sambutan ulang tahun ke-71 dan kesyukuran Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Long Bedian, Apoh baru-baru ini.
MOHON KEBERKATAN: (Dari kiri) Lihan dan Dennis bersama yang lain semasa upacara doa sempena majlis sambutan ulang tahun ke-71 dan kesyukuran Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Long Bedian, Apoh baru-baru ini.

LONG BEDIAN: Kedata-ngan agama Kristian di Long Bedian lebih tujuh dekad banyak membawa perubahan dalam segala aspek kepada masyarakat di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, kedatangan mubaligh dari Australia atau Britain bukan hanya mengajar agama secara sukarela namun pe-ranan mereka menjadi titik permulaan perubahan corak hidup mereka keseluruhannya.

Katanya, penerimaan ma-syarakat pada masa itu terhadap agama Kristian telah membuka mata dan bersikap lebih terbuka dengan me-ninggalkan kepercayaan lama dan menerima pembangunan dari luar.

“Satu daripada manfaat amat ketara ialah kedatangan mubaligh telah menjurus kepada pembukaan sekolah dan perkhidmatan kesihatan sebelum pembentukan Malaysia pada 1963.

“Mubaligh berkenaan membantu membangunkan komuniti tempatan khususnya di pedalaman Baram seperti Long Bedian sejak dahulu.

“Hari ini kita bersyukur kerana dapat menikmati hidup yang baik,” katanya pada sambutan ulang tahun ke-71 dan kesyukuran Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Long Bedian, Apoh baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan catatan Hudson Southwell salah seorang peneraju mubaligh di pedalaman Sarawak dalam buku bertajuk ‘The Unchartered Water’, penduduk Long Bedian adalah antara penerima terawal jauh di Hulu Baram selepas kedatangan mubaligh dari Australia ke Borneo sekitar 1920.

“Sehubungan itu, 13 Mac 1949 sepatutnya dianggap sebagai tarikh penting dalam kehidupan penduduk di Long Bedian.

“Hari ini generasi kita dapat menikmati hidup baik kerana kebijaksanaan pemimpin kampung terdahulu.

“Justeru, saya cadangkan agar sambutan ulang tahun ini dijadikan acara tahunan untuk mengingati mereka,” katanya.

Hadir sama Datuk Lihan Jok, Ketua Kaum Long Be-dian Lesli Lah Anyie, Kaunselor Jok Eng Jok, Ketua Pastor SIB Apoh Balan Sigau, Pastor BEM Long Bedian Mat Wan, ketua-ketua gereja dan lebih 1,000 penganut dari Long Bedian.

Turut dipersembahkan ialah batu memorial ulang tahun ke-71.

Advertisement