Anda di sini

Hentikan semua aktiviti sukan di tempat awam: Phoong

Advertisement
PHOONG
PHOONG

KOTA KINABALU: Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang bermula pada hari ini (18 Mac), orang awam dinasihati agar hentikan segala aktiviti sukan di tempat awam untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada wabak COVID-19.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, orang awam dinasihatkan agar bersenam di rumah masing-masing sahaja.

"Para atlet Sabah juga dinasihatkan untuk menjalankan latihan di persekitaran rumah sahaja dalam tempoh kawalan pergerakan ini.

"Semua kemudahan sukan di bawah jagaan Lembaga Sukan Sabah juga ditutup bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020," katanya.

Phoong  berkata, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada, mengamalkan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain dan duduk di rumah.

" Jangan keluar jika tiada keperluan, untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19," kata Phoong.

  • oleh
  • Advertisement