Anda di sini

Sekatan larangan menutup rumah ibadat perlu dipertimbangkan: Otoh Sibik

Advertisement
OTOH SIBIK SAHAK
OTOH SIBIK SAHAK

SANDAKAN: Naib Presiden Bapa MAPIM Kebangsaan, Haji Otoh Sibik Haji Sahak berkata tindakan melarang secara menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya adalah suatu usaha drastik untuk membendung dan melumpuhkan penularan wabak ini amat disokong.

Beliau amat menyokong langkah awal dan yang terbaik kerajaan lakukan untuk peringkat pencegahan awal ke atas wabak COVID-19 yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.  

“Walau bagaimanapun, sekatan atau larangan untuk menutup rumah-rumah ibadah seperti masjid, terutamanya untuk umat Islam menunaikan solat fardhu perlu dipertimbangkan secara berhemah,” katanya.

Beliau mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat membantu untuk membuat fogging atau penyemburan sanitizer atau sebarang bentuk perkhidmatan pembersihan dan rawatan di setiap masjid atau mana-mana rumah ibadah di daerah, negeri dan negara.

“Pada masa yang sama KKM perlu memberikan pencerahan kepada masyarakat bagaimana cara dan kaedahnya menangani wabak COVID-19,” katanya.

Di samping itu, Otoh Sibik menyarankan agar Ahli Jawatankuasa Masjid perlu menyediakan bahan cucian tangan seperti sanitizer, sabun antibakterial dan lain-lain bahan boleh digunakan oleh para jemaah untuk membersihkan tangan dan anggota tubuh badan yang difikirkan perlu untuk dibersihkan.

Beliau berkata mengenai sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara amat praktikal dan haruslah diadakan sekatan.

“Walau bagaimanapun sekatan ini masih boleh diberikan kelonggaran kepada mana-mana individu yang terdesak atas sebab masalah peribadi atau tugas hakiki dengan syarat sekembali mereka dari luar negara perlu disaringan kesihatan untuk memastikan mereka bebas dari pembawa wabak VOCID-19,” katanya.

Otoh Sibik yang juga Yang Dipertua MAPIM Negeri Sabah berkata sekatan kemasukan pelancong ke negara ini memang perlu dilakukan.

Beliau berkata penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta, pusat tahfiz dan lain-lain pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti memang digalakkan.

“Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menjadualkan semula semua jadual pembelajaran di setiap sekolah termasuklah IPT awam dan swasta serta pusat latihan kemahiran.

“Pada hemah saya, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting negara ada rasionalnya juga sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan dan staff pihak swasta terhindar dari risiko virus tersebut,” katanya.

Otoh Sibuk mengingatkan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa agama dan di mana jua berada di seluruh negara perlulah sama-sama menjaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan diri masing-masing ditahap yang paling tinggi dan utama.

“Marilah kita bersama-sama menyerah diri dan bertawakallah kepada Allah SWT mudah-mudahan kita semua dan negara Malaysia sentiasa berada dalam keredhaan dan lindunganNya serta bebas sepenuhnya dari wabak yang melanda hampir diseluruh dunia ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement