Anda di sini

Pengumuman PM disifatkan langkah terbaik kerajaan tangani COVID-19

Advertisement
CHEW KOK WOH
CHEW KOK WOH

SANDAKAN: Perintah kawalan selama dua minggu di seluruh negara bermula 18 Mac 2020 yang diumumkan Perdana Manteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, disokong dan disifatkan sebagai langkah terbaik kerajaan dalam menangani ancaman wabak COVID-19.

Ahli Majlis Tertinggi MCA Malaysia merangkap Ketua Bahagian MCA Batu Sapi, Datuk Chew Kok Woh amat  mengalu-alukan langkah-langkah kerajaan untuk menangani masalah wabak COVID-19 yang kini merebak dengan cepat di negara ini.

“Saya menyokong langkah-langkah yang disarankan oleh Perdana Menteri kita semalam itu, amatlah tepat pada masa ini. Wabak COVID-19 ini masih terkawal di negara kita, walaupun belum lagi ada malapetaka yang buruk berlaku ataupun meragut nyawa,” katanya.

Beliau berkata keadaan masih terkawal dan langkah-langkah yang disebutkan itu boleh mengawal wabak COVID-19 dari merebak.

“Dalam masa seperti ini, kita perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu menangani serta membasmi wabak COVID-19.

“Syabas kepada Kerajaan Perikatan Nasional yang prihatin kepada rakyat,” katanya.

FRINGCO @ MOHD FIRDAUS ABDULLAH
FRINGCO @ MOHD FIRDAUS ABDULLAH

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merpati, Fringco@ Mohd Firdaus Abdullah turut amat menyokong perlaksanaan perintah kawalan pergerakan ini.

“Secara total, perintah ini dapat membendung penularan wabak COVID-19 secara meluas ke seluruh pelusuk negara kita.

“Alhamdulilah, kerajaan yang ada pada hari ini telah mengambil keputusan yang bijak dan efektif kepada pentadbiran negara,” katanya.

Fringco berharap semoga dengan langkah kerajaan ini, negara dapat menangani penyebaran COVID-19 dan dapat memberi tumpuan kepada kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Beliau menasihatkan ibubapa agar dapat memastikan pergerakan anak-anak semasa pelanjutan cuti sekolah ini dimanfaatkan untuk berada di rumah dengan mengulangkaji pelajaran dan bukannya melibatkan diri ke aktiviti-aktiviti sosial luar yang terbuka.

Fringco mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kementerian-kementerian terlibat secara langsung dalam menangani penularan wabak COVID-19 secara global.

  • oleh
  • Advertisement