Anda di sini

Pasaraya diserbu selepas perutusan PM mengenai COVID-19

Advertisement
LEONG
LEONG

TAWAU : Orang ramai berpusu-pusu serbu pasaraya dan kedai runcit untuk membeli barang keperluan selepas perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai COVID-19 semalam.

Rata-rata yang datang membuat pembelian hari ini menyatakan kebimbangan mereka terhadap penularan wabak  COVID-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa pada 18 Mac hingga 31 Mac.

Pengurus Operasi Servay Hypermarket Sdn Bhd Tawau Leong Kong Ming berkata selepas pengumuman Perdana Menteri semalam, orang ramai sudah mula ramai datang pergi ke pasaraya ini untuk membeli barang keperluan.

MIA
MIA

"Tadi jam 8.30 pagi orang ramai sudah mula menunggu dan berbaris di depan pintu sedangkan kami hanya buka pada jam 9 pagi.

"Keadaan ini memang sangat luar biasa dan mengalahkan pembelian pada musim perayaan hari raya dan peristiwa lain yang membuatkan kebimbangan masyarakat seperti kes pencerobohan Abu Sayyaf serta pengumuman Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)," katanya.

Menurutnya, hari ini sahaja pihak syarikat terpaksa menambah order barang keperluan seperti beras, gula, tepung, lampin pakai buang, susu tepung, tisu dan barang makan segera.

"Kami boleh jamin semua barang keperluan tidak akan kehabisan kerana pihak syarikat juga diberitahu oleh pihak pembekal semua barang-barang tersebut mencukupi," katanya.

NORKAH
NORKAH

Beliau berkata, pihak syarikat memang mengetahui hal ini akan berlaku dan sudah bersedia menghadapi kehadiran pelanggan yang ramai dan kemungkinan kakitangan akan bekerja lebih masa.

"Kami tidak bercadang untuk membuat penambahan masa perkhidmatan tetapi selagi ada pelanggan, kami tidak akan tutup serta semua kakitangan pejabat juga kami arahkan untuk membantu di bahagian barang dan kaunter.

"Semua kakitangan juga kami arahkan untuk memakai topeng muka dan sarung tangan di samping tempat penyimpanan, troli dan bakul kerap dibersihkan bagi mengelak jangkitan wabak ini," katanya.

Pelanggan, Mia Abdul Majid,34, suri rumah terpaksa membuat pembelian hari ini kerana takut mahu kerap keluar ekoran jangkitan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

"Kebiasaanya kami akan berbelanja pada hujung bulan selepas gaji tetapi hari ini memang macam kecemasan kerana Perdana Menteri pun sudah arahkan untuk mengawal pergerakan," katanya.

 Orang ramai dilihat berpusu-pusu membeli barang keperluan.
PANIK : Orang ramai dilihat berpusu-pusu membeli barang keperluan.

Mia berpendapat, keputusan kerajaan itu sangat baik untuk mengurangkan potensi penularan wabak ini yang dilihat semakin hari jumlah yang disahkan positif meningkat dengan mendadak.

Seorang lagi pelanggan Norkah Amir Kaidah, 57, berkata perbelanjaan hari ini untuk persediaan barang keperluan selama dua minggu sehingga habis perintah kawalan pergerakan.

"Kami tinggal serumah dalam 10 orang dan selepas mendengar pengumuman itu semalam memang sangat takut kehabisan bekalan barang keperluan di pasaran.

"Oleh itu, pagi ini saya membeli barang keperluan yang lebih sikit supaya tidak risau sekiranya ada laporan barang keperluan di pasaran kehabisan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement