Anda di sini

Mositun sambut baik Perintah Kawalan Pergerakan

Advertisement
 Mositun kunjungi Felix di Kg Papaga.
SUMBANGAN: Mositun kunjungi Felix di Kg Papaga.

PAPAR: Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang Perintah Kawalan Pergerakan rakyat negara ini perlu diterima baik semua lapisan rakyat demi mengekang risiko penularan wabak COVID-19 yang melanda banyak negara ketika ini.

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata perintah tersebut hendaklah diterima sebagai suatu usaha demi kepentingan rakyat tanpa merasakan langkah berkenaan sebagai sesuatu yang menyusahkan.

"Pada waktu yang sama kita juga tidak membelakangkan tanggungjawab kepada rakyat yang memerlukan perhatian dan dalam konteks perkhidmatan kepada rakyat kita perlu bergerak dalam skala kecil dan terhad," katanya.

Mositun yang juga Ketua Bahagian PBS Limbahau berkata demikian ketika mengunjungi dua penduduk di Kg Marahang dan Kg Papaga untuk menyampaikan sumbangan kebajikan.

Mositun menjelaskan pihaknya mengambil kesempatan melaksanakan kunjungan itu sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa dua minggu bermula hari ini.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Eksekutif PBS Mesilus Roman dan Ketua Bahagian PBS Kawang Benidect Bototol.

Dalam kunjungan di Kg Papaga, Mositun menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Felix Gabriel yang sedang menyempurnakan rawatan di kediamannya.

Advertisement