Anda di sini

Maritim gagalkan penyeludupan 4,500 liter minyak petrol ke negara jiran

Advertisement
 Bot Jongkong dan 180 tong petrol seludup berjaya di rampas.
RAMPASAN : Bot Jongkong dan 180 tong petrol seludup berjaya di rampas.

 

SEMPORNA: Zon Maritim Semporna berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 4,500 liter minyak petrol ke negara jiran, di perairan Tanjung Pantau-Pantau, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat risikan tentang penyeludupan petrol tersebut.

"Anggota kita yang sedang melakukan operasi penguatkuasaan mendapati sebuah bot jongkong bergerak dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan pada jam 10.30 malam," katanya dalam kenyataan mediannya d sini.

Beliau berkata, tekong dan awak-awak bot jongkong terbabit bertindak nekad terjun ke laut dan berenang menuju ke hutan paya berhampiran sebaik menyedari kehadiran anggota.

"Bagaimanapun, bot jongkong tersebut berjaya ditahan namun, usaha menjejaki kesemua suspek gagal ekoran keadaan yang gelap dan kawasan tempat mereka melarikan diri di kawasan paya," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas bot jongkong terbabit mendapati sebanyak 180  tong petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

"Barang rampasan termasuk bot jongkong, dua unit enjin sangkut  dianggarkan berjumlah RM28,200 dan kesemuanya dibawa ke Kem Azumi untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Norrimi berkata, sepanjang tahun 2019 Zon Maritim Semporna merekodkan sebanyak empat tangkapan membabitkan kegiatan penyeludupan minyak petrol di kawasan peraiaran Semporna.

"Tangkapan ini merupakan kes kedua dan tangkapan yang terbesar setakat tahun ini untuk Zon Maritim Semporna," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement