Anda di sini

101 calon UPSR SK St Monica sertai Program Jati Diri - Pecutan Kecemerlangan

Advertisement
 Program Jati Diri - Pecutan Kecemerlangan untuk murid Tahun 6 SK St Monica.
BERSAMA: Program Jati Diri - Pecutan Kecemerlangan untuk murid Tahun 6 SK St Monica.

SANDAKAN: Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah Kebangsaan (SK) St Monica telah mengadakan Program Jati Diri – Pecutan Kecemerlangan untuk calon UPSR 2020 sekolah itu.

Seramai 101 calon UPSR sekolah telah terlibat dalam program selama sehari bertempat di Auditorium Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.

Antara objektif program itu adalah untuk memupuk semangat jati diri dan sikap tidak mudah putus asa agar yakin dengan kebolehan diri sendiri serta kreatif menangani sesuatu masalah.

Selain itu, program diharap dapat mengembangkan potensi diri agar terus maju ke hadapan dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi termasuk dalam bidang akademik dan sahsiah diri.

Program itu telah mengundang pakar motivasi terkenal, Hilter Yew Foo Chang sebagai penceramah utama.

Program telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Dr. Dalmansah Tahil.

Hadir sama, barisan AJK Persatuan Ibubapa dan Guru SK St Monica.

Pihak sekolah berharap agar program itu akan menjadi pemangkin kecemerlangan buat murid di SK St Monica dan seterusnya melonjokkan prestasi dan mencapai KPI sekolah 100 peratus menguasai tahap minimum (MTM) dalam kalangan murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September depan.

  • oleh
  • Advertisement