Anda di sini

Dapur rumah roboh, 26 penghuni selamat

Advertisement
 Kelihatan anggota bomba memeriksa bahagian dapur rumah berkenaan yang telah roboh.
PERIKSA: Kelihatan anggota bomba memeriksa bahagian dapur rumah berkenaan yang telah roboh.

SANDAKAN: Seramai 26 orang termasuk 12 kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri selepas dapur rumah mereka di Jambatan 10 Kampung Sim-Sim roboh, lewat petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata Pusat Gerakan Operasi telah menerima panggilan kecemasan melibatkan rumah roboh akibat bencana alam melalui talian balai pada jam 6.17 petang.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Rosemedian Majid,” katanya. 

Beliau berkata menurut Komander Operasi, sebuah rumah atas air jenis tidak kekal mengalami kerosakkan dan telah roboh di bahagian ruangan dapur dengan keluasan 30’x30’. 

“Pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain,” katanya.

Jimmy berkata semasa kejadian terdapat tujuh lelaki dewasa, tujuh wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan berjaya menyelamatkan diri.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata difahamkan bahagian dapur rumah berkenaan sedang dalam dibaikpulih sebelum roboh.

 “Pihaknya menamatkan operasi kira-kira jam 6.58 petang selepas pemeriksaan dijalankan dan dilaporkan telah selamat,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement