Anda di sini

Festival Regatta Lepa ke-27 akan lebih meriah

Advertisement
 Juhar (duduk tengah), Jaujan (duduk, kiri) dan Benedict (duduk, kanan) bersama barisan ahli jawatankuasa induk penganjur merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Juhar (duduk tengah), Jaujan (duduk, kiri) dan Benedict (duduk, kanan) bersama barisan ahli jawatankuasa induk penganjur merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Penganjuran Festival Regatta Lepa ke-27 2020 di Semporna akan menampakkan kelainan berbanding anjuran yang diadakan sebelum ini.

Pegawai Daerah Semporna Benedict Asmat berkata, program itu nanti akan disertakan seminar akademik seperti ikon Bajau Antarabangsa dan banyak lagi.

"Pembentang luar negara akan dijemput seperti dari Indonesia dan Selatan Filipina, itulah antara rancangan kami.

"Pertandingan tarian Igal-Igal juga diselitkan dan persembahan utama akan dilakukan pada 17 April ini ketika pembukaan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke Istana Negeri di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Induk Penganjuran berkata, terdapat beberapa negara jiran yang juga ingin menyertai festival kali ini tetapi kehadiran mereka belum disahkan.

Katanya, jemputan juga disampaikan kepada seluruh daerah di Sabah bagi mempersembahkan tarian-tarian kebudayaan yang seakan-akan diamalkan suku Bajau Semporna.

"Tujuan kunjungan hormat ini juga bagi menjemput Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni untuk hadir bersama pada majlis berkenaan," katanya.

Beliau juga berharap sepanjang festival diadakan, pihaknya boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Kesihatan untuk membuat pemeriksaan terhadap pengunjung atau delegasi yang hadir.

Katanya, perkara itu penting untuk mengelakkan sebarang pengunjung yang mempunyai wabak COVID-19.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong.

  • oleh
  • Advertisement