Anda di sini

65 warga KKMM Sabah terima APC 2019

Advertisement
 Suriani (tengah, depan) merakamkan gambar kenangan bersama 638 warga KKMM yang menerima APC Tahun 2019.
KKMM: Suriani (tengah, depan) merakamkan gambar kenangan bersama 638 warga KKMM yang menerima APC Tahun 2019.

KOTA KINABALU: Seramai 65 warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Sabah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019.

Mereka terdiri daripada 24 penerima dari Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), 37 orang dari Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), dua dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan dua lagi dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Bilangan itu melengkapi jumlah keseluruhan 638 penerima warga KKMM seluruh Malaysia yang merangkumi JaPen (117), RTM (233), BERNAMA (47), FINAS (27), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (3), Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPTAR) dengan tujuh penerima dan 57 lagi merupakan pegawai serta kakitangan di KKMM Putrajaya.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad diiringi Ketua Pengarah JaPen Roselindawati Abdul Rahman, Ketua Pengarah RTM Nor Yahati Awang, Ketua Pengarah JPDP Mazmalek Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif  BERNAMA Nurni Kassim dan Pemangku Pengarah IPPTAR Ba’yah Bachok di Dewan D, Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Julaspi dan Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan Supian Musa yang turut menerima APC 2019 serta Pengarah Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka.

Dalam ucapan perasmian, Suriani mengingatkan seluruh warga KKMM agar untuk terus memberikan perkhidmatan yang efektif, berakauntabiliti, berintegriti, amanah dan progresif seiring dengan kepesatan transformasi dan kemajuan teknologi serta era digital kini yang mapan.

Tambahnya, KKMM amat memerlukan warga kerja yang profesional, progresif, kreatif, inovatif, berketrampilan, bijaksana dan holistik untuk bersama-sama menjayakan semua dasar kerajaan.

Pada majlis itu, para penerima anugerah bukan sahaja dihiburkan malah mendapat kata semangat daripada barisan peyanyi tersohor tanahair kelahiran RTM iaitu Misha Omar, Erni Zakri dan Ismail Izani.

  • oleh
  • Advertisement