Anda di sini

Pekerja ladang maut dibaham buaya

Advertisement
NASRI
NASRI

LAHAD DATU: Seorang pekerja ladang maut dibaham buaya ketika mencuci jala yang digunakannya menangkap ikan di kawasan tali air Ladang Felda Sahabat 41, Tungku, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, mangsa Kaharuddin Aripin, 38, telah keluar bersama seorang rakannya menjala ikan di kawasan terbabit jam 3.30 petang.

"Ketika kejadian, mangsa sedang mencuci jala sebelum pulang ke rumah.

"Tiba-tiba seekor buaya telah menyerang mangsa dan menariknya ke dalam air," katanya dalam kenyataan di sini.

 

Nasri berkata, rakannya yang menyaksikan insiden itu bergegas bertindak memaklumkan kejadian itu seterusnya mendapatkan bantuan mencari mangsa.

Menurutnya, pihak pengurusan kemudiannya mengaktifkan usaha mencari mangsa yang disertai pegawai dan kakitangan Felda Sahabat.

"Usaha itu akhirnya berhasil menemukan mayat mangsa jam 11.20 malam dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

  • oleh
  • Advertisement