Anda di sini

Majlis keagamaan peringkat sekolah lahir murid berakhlak

Advertisement
 Nizam menyampaikan piala juara keseluruhan kepada Guru Besar SK Kinabutan.
JUARA: Nizam menyampaikan piala juara keseluruhan kepada Guru Besar SK Kinabutan.

TAWAU: Majlis keagamaan di peringkat sekolah dapat memberikan impak yang baik kepada murid sekolah disamping membina akhlak yang berdisiplin dan bertanggungjawab dari bangku sekolah rendah lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perlunya majlis-majlis keagamaan diperbanyakkan supaya disiplin dan akhlak murid dari peringkat sekolah rendah dapat dibentuk sekaligus menjadikan mereka sebagai modal insan yang berjaya pada masa akan datang.

"Sebagai pemimpin di DUN Apas menyokong penuh dengan majlis-majlis seperti ini supaya para murid sekolah dapat terhindar daripada terjerumus dengan aktiviti yang tidak berfaedah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah Zon Apas bagi tahun 2020, di SK Sentosa, di sini.

Menurutnya, penganjuran Mahrajan Al-Quran sekolah-sekolah itu merupakan wadah yang terbaik untuk membangunkan generasi cemerlang dan unggul dalam pelbagai aspek menerusi penghayatan terhadap ajaran al-Quran.

"Dengan penganjuran ini juga dapat memartabatkan lagi syiar Islam dan percaya banyak potensi murid yang  dapat dicungkil untuk dikembangkan ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Nizam mengharapkan supaya segala usaha serta komitmen yang dilaksanakan ini dapat diterjemahkan dengan sebaiknya dan murid yang terlibat dapat menyumbang kepada kemajuan ummah dan negara pada masa akan datang.

"Murid yang digilap dan dididik pada hari ini merupakan mereka yang akan memimpin negara. Oleh itu perlunya  mereka dididik menjadi pemimpin yang berdisiplin dan bertanggungjawab," katanya.

Terdahulu, pertandingan Mahrajan Al-Quran peringkat sekolah-sekolah  itu disertai daripada 13 buah sekolah Zon Apas dan juara keseluruhan dimenangi oleh SK Kinabutan Besar.

  • oleh
  • Advertisement