Anda di sini

PERKESO dan KWSP bekerjasama jayakan Ops Kesan Bersepadu

Advertisement
 Mohd Ali (duduk, lima kanan) merakamkan gambar kenangan sebelum mengadakan Ops Kesan Bersepadu.
KENANGAN: Mohd Ali (duduk, lima kanan) merakamkan gambar kenangan sebelum mengadakan Ops Kesan Bersepadu.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi mengadakan kerjasama untuk melaksanakan Ops Kesan Bersepadu.

Pengarah PERKESO Sabah Mohd Ali Hindia berkata, ops berkenaan akan diadakan sepanjang tahun dan kali ini adalah kali ke-11 dilaksanakan.

"Kita adakan ops ini bukan untuk mencari kesalahan majikan, tetapi hanya ingin memberikan pendidikan bahawa Skim PERKESO dan KWSP adalah penting kepada setiap pekerjanya khususnya pada hari tua dan ketika berlaku kemalangan.

"Kita mengadakan kerjasama dengan KWSP agar semua skim yang ditawarkan dapat memberikan manfaat penuh kepada semua masyarakat negeri ini," katanya ketika memberikan taklimat sempena pelancaran Ops Kesan Bersepadu PERKESO dan KWSP, di sini.

Beliau berkata, pihaknya cuba mendidik agar rakyat atau pencarum sentiasa bersedia dengan perlindungan sosial seperti insuran dan sebagainya.

Katanya, sekiranya pekerja itu diberhentikan disebabkan syarikat ingin mengurangkan pekerja dan sebagainya, PERKESO boleh memberikan elaun selama enam bulan sehingga mereka mendapatkan kerja baharu.

Menurutnya, ops yang dilaksanakan terdiri daripada lapan kumpulan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan.



 

  • oleh
  • Advertisement