Anda di sini

Batalion 20 PGA tahan penyeludup bersama sembilan PTI

Advertisement
 Lima warga asing yang ditahan oleh Batalion 20 PGA Beluran.
TAHAN: Lima warga asing yang ditahan oleh Batalion 20 PGA Beluran.

BELURAN: Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran menahan sembilan pendatang tanpa izin (PTI) dan seorang penyeludup dalam dua tangkapan berasingan di daerah ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menahan enam lelaki dan tiga wanita PTI serta seorang pemandu pacuan empat roda, berumur lingkungan 21 hingga 52 tahun.

“Dalam tangkapan pertama di Jalan Manduring Ulu Sapi kira-kira jam 8 malam pada Sabtu, pasukan kita yang diketuai oleh  Koperal Majang Anak Entawan menahan menaiki sebuah kereta yang dinaiki lima lelaki,” katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kelima-lima lelaki warga asing itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.  

Tangkapan kedua di Jalan Ladang Monsok kira-kira jam 12.58 pagi Isnin, beliau berkata Koperal Majang Anak Entawan telah mengetuai sepasukan anggota Tiger Platoon membuat rondaan di jalan berkenaan menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki.

Nasaruddin berkata hasil pemeriksaan mendapati empat penumpang terdiri seorang lelaki dan tiga wanita warga asing gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Pihaknya juga menahan pemandu pacuan empat roda yang juga warga asing kerana disyaki menyeludup PTI.

Beliua berkata semua tangkapan itu dibawa ke Balai Polis Beluran untuk sisatan dan tindakan lanjut.

 

  • oleh
  • Advertisement