Anda di sini

Anggota kadet polis, duta kecil anti jenayah dan anti buli di sekolah

Advertisement
 Haris menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada salah seorang anggota kadet polis yang menyertai Perkemahan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Penampang, di Kem Briged Sabah PGA Kinarut, Papar.
PENGIKTIRAFAN: Haris menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada salah seorang anggota kadet polis yang menyertai Perkemahan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Penampang, di Kem Briged Sabah PGA Kinarut, Papar.

 

PAPAR: Semua anggota kadet polis diharap menjadi duta kecil membudayakan anti jenayah dan anti buli di sekolah serta menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, selaku penguatkuasa undang-undang, polis berharap anggota kadet polis terhindar dari aktiviti jenayah.

“Sebagai anggota kadet polis, mereka didedahkan dengan ‘perintah’dan kita memang berkehendakkan disiplin itu boleh dibawa oleh semua kadet polis Daerah Penampang.

“Khususnya sebagai duta kecil yang sentiasa menjaga disiplin diri,” katanya, sempena Majlis Penutupan Perkemahan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Penampang, di Kem Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, di sini.

Haris berkata menjadi matlamat bersama memastikan anak remaja tidak terlibat dalam kegiatan jenayah bahkan tidak terasing daripada proses pendidikan yang sepatutnya diterima.

Mengulas lanjut, beliau berkata majlis itu disertai enam sekolah melibatkan 145 pelajar serta turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Penampang.

"Tahun lepas Kadet Polis Penampang berjaya terpilih mewakili Sabah dalam Perkemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan, justeru kita harap pada tahun ini lebih baik lagi.

"IPD Penampang sentiasa menyokong aktiviti guru-guru kadet dan tahniah kepada semua yang terlibat khususnya pengetua dan Pegawai Pendidikan Daerah," katanya.

 

  • oleh
  • Advertisement