Anda di sini

Kumpulan BTC Berhad terus komited bantu hospital selamatkan nyawa

Advertisement
 Kadir (enam kanan) dan Asits (lapan kiri) bersama tetamu yang lain merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Kadir (enam kanan) dan Asits (lapan kiri) bersama tetamu yang lain merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Sejumlah 100 beg darah disasarkan Kumpulan BTC Berhad dalam usaha membantu Hospital Queen Elizabeth 2 menyelamatkan nyawa.

Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad Datuk Abdul Kadir M.E Sikkandar berkata, program diadakan ialah salah satu daripada Tanggungjawab Sosial  Korporat (CSR) syarikatnya.

"Tujuan diadakan adalah bagi pendedahan kepada orang ramai tentang pentingnya menderma darah.

"Kempen seumpamanya adalah program tahunan kami yang diadakan dua kali setahun," katanya pada Kempen Derma Darah anjuran Kumpulan BTC Berhad dengan Kerjasama Hospital Queen Elizabeth 2, di sini.

Beliau berkata, sepanjang kempen diadakan terdapat beberapa booth daripada jabatan kesihatan serta agensi-agensi lain yang turut serta memberikan maklumat bermanfaat seperti wabak-wabak semasa, faedah PERKESO, kesedaran tentang kesihatan wanita dan banyak lagi.

"Saya berharap program ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai khususnya pelanggannya serta para pekerja syarikat ini.

"Saya berharap akan lebih ramai orang yang datang untuk menyokong kempen seumpama ini," katanya.

Hadir sama merasmikan program itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna yang mewakili Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.


 

  • oleh
  • Advertisement