Anda di sini

Pelajar SMK St Anthony Sarikei capai PNGK 4.0

Advertisement
 Seramai 21 pelajar yang mendapat keputusan PNGK 3.00 ke atas merakam gambar bersama dengan Vincent.
CEMERLANG: Seramai 21 pelajar yang mendapat keputusan PNGK 3.00 ke atas merakam gambar bersama dengan Vincent.

SARIKEI: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony Sarikei Kenny Chan Jie Huie telah berjaya mendapat keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah diumumkan semalam.

Kenny berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang didudukinya.

Dalam keputusan tersebut, SMK St Anthony telah mencatat keputusan 100 peratus lulus bagi tiga kertas peperiksaan iaitu Pengajian Am, Kimia dan Biologi manakala Matematik Tambahan (97.62 peratus) dan Fizik (97.06 pertus).

Justeru, kesemua 42 pelajar yang menduduki peperiksaan STPM pada tahun lepas layak mendapat STPM penuh.

Pengetua Vincent Liong berkata, pada keputusan STPM tahun ini, seramai 21 pelajar telah berjaya mendapat keputusan 3.0 GPMP dan ke atas termasuk tujuh yang mencapai keputusan gred A dan A-.

Advertisement