Anda di sini

LAKMNS perkenal perkhidmatan ‘Scan and Donate’ di dua masjid

Advertisement
 Abang Wahap bersama kakitangan LAKMNS menunjukkan                      perkhidmatan ‘Scan and Donate’ pada telefon pintar.
MANFAATKAN TEKNOLOGI: Abang Wahap bersama kakitangan LAKMNS menunjukkan perkhidmatan ‘Scan and Donate’ pada telefon pintar.

KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) memperkenalkan perkhidmatan ‘Scan and Donate’ di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Ku-ching bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan derma.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata,  perkhidmatan itu selari dengan saranan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memperkasakan ekonomi digital di negeri ini.

“Tujuan kita memper-kenalkan pekhidmatan Scan and Donate adalah untuk memudahkan orang ramai menyumbang derma atau sedekah, yang tidak memerlukan mereka membawa wang tunai tapi hanya menggunakan aplikasi e-wallet iaitu Sarawak Pay untuk berbuat demikian.

“Selain aplikasi ini, orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan melalui aplikasi Boost atau imbasan kod QR (Maybank) yang dipaparkan di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Scan and Donate di Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya di sini, semalam.

Abang Wahap menambah, adalah menjadi harapan dan iltizam LAKMNS untuk terus menjadi lebih cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat dan se-terusnya mencapai matlamat  untuk menjadi sebuah agensi Islam bertaraf dunia.

“Sebab itulah, kita hari ini melancarkan perkhidmatan (Scan and Donate) dalam usaha kita mencapai matlamat tersebut selain mengajak masyarakat beramal dan pada masa sama menggunakan tek-nologi sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, LAKMNS telah merencanakan banyak pembaharuan dengan me-ngadakan program untuk mendekati masyarakat terutama umat Islam di negeri ini.

Salah satu daripadanya kata beliau, agensi Islam itu akan mengadakan program lawatan masjid dengan kerjasama  Universiti Malaysia Sarawak yang dijangka dilaksanakan pada bulan Mei tahun ini.

“Malahan, kita juga me-nubuhkan  satu jabatan dalam usaha pembaharuan kita iaitu bahagian pengurusan masjid di mana mereka ditugas-kan untuk menggunakan teknologi yang ada untuk memperkenalkan masjid di bawah tanggungjawab LAKMNS.

“Dengan pendekatan seumpama ini, diharapkan usaha kita untuk mendekati masyarakat dan mengimarahkan masjid terlaksana,” katanya.

Advertisement