Anda di sini

City berdepan Real di Santiago Bernabeu hari ini

Advertisement
 De Bruyne (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Leicester,  Caglar Soyuncu pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester pada Sabtu lepas. — Gambar AFP
SENGIT: De Bruyne (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Leicester, Caglar Soyuncu pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester pada Sabtu lepas. — Gambar AFP

MADRID, Sepanyol: Manchester City akan berdepan dengan Real Madrid dan reputasi mereka hari ini apabila pemegang rekod kejuaraan kejohanan ini akan menentang salah sebuah pasukan kuat yang sentiasa kurang berpotensi di Santiago Bernabeu.

Selepas City menewaskan Leicester pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas, pengurusnya, Pep Guardiola berkata: “Kami akan cuba menjadi diri kami sendiri. Kami boleh menang dan kami juga boleh tewas tetapi kami harus cuba untuk menjadi diri kami sendiri.”

Namun dalam beberapa cara, City akan cuba mengubah peranan itu. Rekod Real Madrid amat dicemburui di Eropah, terutama sekali oleh pasukan seperti City, yang memiliki kekuatan kewangan dan bakat teknikal yang sering menghasilkan kekecewaan di luar pertandingan peringkat domestik.

Pada masa City memenangi tiga kejuaraan liga dan lima trofi piala domestik, mereka hanya melangkah sekali ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara, sekali ke peringkat separuh akhir pada 2016 sebelum tewas kepada Real Madrid.

Real sementara itu melepaskan pendahulu La Liga Sepanyol kepada Barcelona tetapi melakukan pertukaran untuk hanya satu kejuaraan liga dalam tempoh tahun apabila memenangi empat kejuaraan Liga Juara-Juara sebanyak empat kali dari enam tahun terakhir.

Tidak ramai yang mempertikaikan perbezaan kualiti. Kejayaan Real adalah kerana sebahagiannya dari kehebatan bekas bintangnya, Cristiano Ronaldo tetapi City mungkin memiliki lebih ramai pemain dengan bakal keseluruhan untuk berjaya dan kejayaan di England sudah dilihat memadai untuk berjaya di Eropah.

Guardiola dituduh berfikir terlalu banyak ketika menentang lawan yang kuat namun secara keseluruhannya prestasi mereka hambar dari sembilan musim dalam Liga Juara-Juara, dengan Guardiola hanya membimbing kelab dalam tiga musim di Eropah.

Bagi Real Madrid, mereka membiasakan diri dengan kemenangan penting pada kejohanan ini dan menunjukkan kemampuan sebenar ketika beraksi di pertandingan elit Eropah.

Real percaya kejohanan ini milik mereka, satu tanggapan berdasarkan sejarah kejayaan yang memastikan mereka berasa yakin ketika tertekan dan berusaha keras pada saat yang penting.

“Apabila anda mempunyai satu sejarah pada era (Alfredo) Di Stefano, memenangi lima atau enam trofi Eropah ketika itu, ia bermakna seorang pemain baharu yang datang ke Real Madrid dan menyarung jersi tahu ‘kami harus mempertahankan sejarah kami’,” kata Guardiola. “Ia memberikan mereka satu perangsang kerana mereka hidup dalam sejarah itu.”

Apabila Real menang kejuaraan Eropah buat kali terakhir dengan menewaskan Liverpool di final pada 2018, kelebihan mereka adalah lebih kepada tuah sepanjang perjalanan ke final.

Di separuh akhir menentang Bayern Munich, mereka mara selepas satu kesilapan penjaga gol Bayern, Sven Ulreich. Di suku akhir, mereka diberikan penalti meragukan pada minit ke-97 untuk menewaskan Juventus dan malah di pusingan kedua, mereka berdepan Paris Saint Germain (PSG) yang beraksi tanpa penyerang bintang, Neymar.

Namun ketika ada pihak berkata ia kerana tuah, jurulatih Real, Zinedine Zidane dan pemainnya melihat ia satu sikap enggan mengalah.

“Hakikatnya ialah Real tidak pernah mengalah,” kata Zidane selepas kemenangan saat akhir ke atas Juventus. Kami berdepan dengan banyak halangan tetapi kami percaya dengan sasaran yang kami mahu capai dan kami mencapainya kerana kami berusaha gigih.”

Bagi City, keengganan menerima kekalahan itu masih perlu dibina dan dengan setiap tahun kemenangan semakin sukar, keraguan semakin menebal.

“Ia ujian sebenar,” kata Guardiola. “Raja pertandingan ini menentang pasukan yang tidak pernah bermain perlawanan seperti ini dengan kerap, kerana prestasi terbaik kami ialah hanya satu perlawanan separuh akhir.

“Jadi, dalam stadium yang hebat itu nanti, kami harus menunjukkan personaliti kami.” — AFP

Advertisement