Anda di sini

12 kereta perisai ditempatkan di Sabah tahun ini

Advertisement
 Mastor (tengah) bersama Skuadron Perisai 15 Briged Sabah PGA
KENANGAN: Mastor (tengah) bersama Skuadron Perisai 15 Briged Sabah PGA

LAHAD DATU: Sejumlah 12 kereta perisai akan ditempatkan di Sabah tahun ini untuk menambah kekuatan aset-aset sedia ada Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurut Timbalan Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam Datuk Mastor Mohd Ariff, sebanyak 36 kereta perisai lagi akan ditambah secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

"Berdasarkan situasi keselamatan di Sabah, kita dalam perancangan menambah aset-aset sebagai satu dorongan, kekuatan untuk PGA Sabah dan kereta perisai ini akan ditempatkan di Kota Kinabalu dan Lahad Datu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Skuadron Perisai 15 Briged Sabah PGA di Batalion 17 PGA Lahad Datu, di sini.

Mastor berkata, situasi di Sabah amat unik kerana memerlukan kekuatan yang besar dan penempatan aset dan pemberian baharu kereta perisai amat diperlukan di sini.

Setakat ini, sebanyak 13 unit kereta perisai ditempat di Sabah yang terdiri lima unit Land Rover Shorland ASC/APC buatan British yang digunakan sejak 1975, empat unit APC Shinjeong S5 buatan Korea Selatan yang diterima pada 20 Mac 2013 selepas kes Op Daulat pada Mac 2013 di Lahad Datu dan empat unit APC IAG Jaws buatan UAE yang diterima pada 8 Jun 2018 daripada Unit Tindakan Khas berpengkalan di Komtek Sandakan dan 69 Komander di Semporna.

"Saya percaya dengan kekuatan aset akan mampu digerakkan dalam apa jua situasi untuk tangani pencerobohan, pengganas, selamatkan VVIP atau untuk membantu kontijen dalam menangani isu-isu keselamatan, jenayah di samping tugas-tugas rondaan di perbatasan untuk keselamatan infantri-infantri yang membuat rondaan," katanya.

Skuadron yang ketujuh ditubuhkan di Malaysia itu bertujuan menguatkan aset tempur dan sistem pertahanan Briged Sabah PGA bagi menghadapi ancaman keselamatan dari dalam dan luar Sabah.

Ketika ditanya tentang Op Bersatu Khazanah, Mastor berkata operasi itu telah berjaya mengesan aktiviti pemburuan haram yang dijalankan di seluruh Malaysia.

"Op Bersatu Khazanah akan diteruskan dan tiada had sehingga bila ianya dilaksanakan.

"Ia diteruskan untuk mengekang aktiviti pemburu haram dan menghapuskan banyak jerat yang dipasang di hutan belantara dengan bantuan Angkatan Tentera Udara Malaysia dan Marin," katanya.

Turut hadir Komander Briged Sabah Senior Asisten Komisioner Mancha Ak Ata.

  • oleh
  • Advertisement