Anda di sini

Tawaran berlakon kepada Miss Takad Nabalu Ambassador 2020 

Advertisement
 Jayne (empat dari kiri) menerima MoU daripada Chester Pang yang turut disaksikan oleh Katak Chua (dua dari kiri) dan AJK penganjur MTNA2020.
TERIMA MOU: Jayne (empat dari kiri) menerima MoU daripada Chester Pang yang turut disaksikan oleh Katak Chua (dua dari kiri) dan AJK penganjur MTNA2020.

PERJANJIAN kontrak lakonan antara Jawatankuasa Penganjur Miss Takad Nabalu Ambassador 2020 (MTNA2020) anjuran Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu dengan syarikat produksi drama filem, Pro-Merge Vision Sdn Bhd telah dimeterai untuk membolehkan ketujuh-tujuh peserta peringkat akhir MTNA2020 berpeluang untuk berlakon dalam produksi filem di syarikat berkenaan.

Majlis tandatangan MoU masing-masing diwakili oleh pengerusi penganjur MTNA2020 Jainetha Stephen dan produser syarikat Chester Pang yang diadakan di Hotel Palace, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Ketika ditemui Jainetha berkata, MoU tersebut amat dialu-alukan kerana ia boleh dijadikan platform kepada peserta (Top7) untuk memajukan lagi karier mereka dalam bidang produksi dan lakonan selepas MTNA2020 berakhir .

Pendaftaran masih terbuka hingga 29 Februari 2020 dan akan ditutup pada jam 2.00 petang. 

Beliau turut mempelawa gadis berumur 18 hingga 26 tahun, bujang dan tidak pernah berkahwin serta bukan beragama Islam untuk menyertai pertandingan tersebut. 

“Dalam sesi pemilihan peserta diwajibkan mempersembahkan bakat selama 1 minit dan pada sesi tersebut seramai 15 peserta akan dipilih ke peringkat akhir pada 21 Mac 2020, yang akan berlansung di ITCC Penampang," tambah beliau lagi.

Produser, Chester Pang pula memberitahu langkah menandatangani MoU itu diambil sebagai tanggungjawab sosial syarikat di samping mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang peragaan dan lakonan. 

“Kami berharap, tawaran yang dipakejkan dengan bengkel pendedahan seni lakon akan digunakan sepenuhnya oleh peserta untuk menggilap bakat masing-masing,” tambah beliau lagi. 
 
Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengarah filem Katak Chua yang juga merupakan pengarah filem Craze Below The Wind, sebuah filem Mandarin tempatan Sabah yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada April ini. 

Advertisement