Anda di sini

Pergolakan politik tanahair semasa, polis sentiasa bersiap-siaga

Advertisement
HARIS
HARIS

PENAMPANG: Belum ada arahan khusus daripada Ketua Polis Negara berkaitan situasi politik tanahair semasa namun polis sentiasa mengutamakan pendekatan bersiap-siaga.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya sentiasa bersiap-sedia sekalipun tidak ada ancaman kesan pergolakan politik tanahair semasa.

“Kita tidak tahu situasi yang berlaku (berhubung pergolakan politik negara), tetapi polis sentiasa bersiap-siaga untuk memastikan keselamatan sentiasa terjaga,” katanya.

Haris berkata demikian semasa ditemui sempena Hari Bertemu Pelanggan 2020 : Sesi Dialog bersama Pemegang Lesen Senjata Api Penampang, di IPD Penampang.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya sedia menggerakkan Pasukan Light Strike Force (LSF) jika keadaan memerlukan, terutamanya gangguan ketenteraman awam.

“(Bagaimanapun) keadaan adalah aman dan selamat, maka tidak ada keperluan lagi untuk menggerakkan LSF dan kita berusaha memastikan daerah ini terhindar daripada ancaman.

“Kita juga sentiasa membuat risikan keselamatan untuk mengenalpasti jika ada elemen- elemen yang mengganggu-gugat ketenteraman, jika ada kita akan bertindak,” katanya.



 

  • oleh
  • Advertisement