Anda di sini

Perbicaraan kes cabul, seks luar tabii ditetapkan pada 8 April

Advertisement
 

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 8 April depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes seorang pegawai tentera yang didakwa melakukan seks luar tabii dan mencabul bekas rakan sekerjanya pada tahun 2018. 

Dalam pada itu, tertuduh kini dibenarkan bebas dengan ikat jamin sehingga tarikh berikutnya. 

Pada 23 Januari lalu, Mohd Rafiq Mansor, 33, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff.

Tertuduh dalam kes ini didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap rakannya, bekas anggota tentera berusia 27 tahun. 

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan seks luar tabii terhadap mangsa tanpa kebenarannya, dengan menghisap kemaluannya. 

Pertuduhan seterusnya pula menyaksikan tertuduh didakwa mencabul kehormatan mangsa.

Kedua-dua perbuatan tersebut dilakukannya pada 1 Disember 2018, jam 4 pagi di tempat letak kereta Jalan Chan Chin Ann, Padungan. 

Pertuduhan pertama di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. 

Manakala pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan pula memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Ilham Kamaruddin sementara tertuduh diwakili peguam, Christopher Bada, Roy Gingkoi dan Abdul Rahman Mohd Hazmi.

  • oleh
  • Advertisement