Anda di sini

Pemimpin DAP adakan mesyuarat tergempar

Advertisement
 
 

KUALA LUMPUR: Ibu pejabat DAP di Jalan Pudu, di sini mula dipenuhi petugas media sejak pagi ini, yang menanti penuh sabar bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai mesyuarat tergempar parti berkenaan.

Mesyuarat itu dipercayai bagi membincangkan kemungkinan perubahan landskap politik negara, yang melibatkan pakatan baharu kerajaan.

Setiausha Agung DAP Lim Guan Eng tiba pada pukul 1.20 tengah hari, dipercayai sebaik sahaja beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan.

Antara pemimpin parti yang dilihat tiba di ibu pejabat itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, pengerusi parti Tan Kok Wai, timbalan pengerusi Gobind Singh Deo; dan pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming. 

Sementara itu Kit Siang berkata parti itu mahu melakukan yang terbaik buat negara, buat seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

“Kita di dalam politik kerana kita percaya politik adalah ikhlas, bermaruah, malah ia menjadi ruang yang mulia untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik bagi anak-anak kita, dan generasi seterusnya.

“ .. bahawa ahli politik; bukannya politik yang kotor, dan kita berpegang kepada kepercayaan ini,” katanya menerusi catatan Facebook hari ini. - Bernama 

Advertisement