Anda di sini

Kebakaran belukar dan ladang melanda Miri

Advertisement
Kebakaran yang berlaku di sebuah kawasan perladangan di Kuala Baram.
Kebakaran yang berlaku di sebuah kawasan perladangan di Kuala Baram.

MIRI: Cuaca panas dan kering yang melanda Miri menyebabkan berlakunya kejadian kebakaran belukar dan kawasan perladangan di Kuala Baram di sini, Ahad. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata sepasukan anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian kebakaran bagi membantu pemilik tanah memadamkan kebakaran. 

“Hasil tinjauan mendapati paras air yang rendah dalam sistem perparitan berikutan cuaca kering ini menyebabkan api dapat merebak dengan cepat. 

Pergerakan angin juga didapati kuat menyebabkan kebakaran cepat merebak,” katanya dalam satu kenyataan. 

Menurut beliau setakat jam 3 petang, kebakaran di kawasan ladang milik syarikat Shin Yang berjaya dikawal dan hanya tinggal memadam kebakaran di dalam tanah. 

“Syarikat Shin Yang mengerahkan seramai 30 orang anggota, dua unit jengkaut, dua unit pam angkut dan dua unit tangki air untuk memadamkan kebakaran itu. 

“Setakat ini kawasan yang masih kuat berasap ialah kawasan tanah kepunyaan syarikat Naim” ujarnya. 

  • oleh
  • Advertisement