Anda di sini

KML sumbang 100 naskah bahan bacaan kepada Pusat Koreksional Labuan

Advertisement
 Sesi bergambar kenangan bersama Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf Lang Pasih (tengah) Pusat Koreksional serta seluruh rombongan peserta lawatan.
RAKAM KENANGAN: Sesi bergambar kenangan bersama Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf Lang Pasih (tengah) Pusat Koreksional serta seluruh rombongan peserta lawatan.

LABUAN: Seramai 30 orang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) telah melawat ke Pusat Koreksional Labuan, baru-baru ini bagi tujuan mendapat keinsafan.

Sempena lawatan itu, mereka turut menyerahkan 100 naskah bahan bacaan yang disumbangkan oleh warga Kolej Matrikulasi Labuan untuk Mini Perpustakaan pusat tersebut.

Rombongan KML disambut mesra oleh Penolong Komisioner Penjara (PKP) Abd. Rauf Lang Pasih dan Timbalan Penguasa Penjara, Alfonsus Francis Anak Hill.

Inspektor Penjara, Mohammadiah Bakti menyampaikan taklimat berkaitan aktiviti dan program pemulihan yang dijalankan oleh Pusat Koreksional Labuan.

Dalam lawatan ini, Jumadil Ali selaku Pustakawan KML yang mengetuai rombongan turut memeterai kerjasama dengan Pusat Koreksional Labuan sebagai penyumbang bahan bacaan sempena Dekad Membaca Kebangsaan 2021 – 2030.

Turut serta dalam rombongan ini ialah Pegawai Teknologi Maklumat KML, Zaliza Bandon, Ketua Unit Pengajian Am KML, Nanda Kumar A/L Damodaran, Francis Labi (Penolong Pustakawan KML) dan Norazimah Yaacob (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat KML).

Rombongan turut dibawa melawat ke Bilik Bacaan Pusat Koreksional Labuan oleh Timbalan Penguasa Penjara Tuan, Alfonsus Francis Anak Hill dan Sarjan Penjara, Rosmi Abdullah.

Pusat Koreksional Labuan menempatkan seramai kira-kira 500 orang tahanan dengan kakitangan seramai kira-kira 150 orang turut mengeluarkan produk jahitan, pertanian, khidmat urutan, pastri dan dobi.

Advertisement