Anda di sini

Suspek kes bunuh di Batu Kawa ditahan reman tujuh hari

Advertisement
Suspek ketika berada di bilik tahanan Mahkamah Kuching. - Gambar oleh Roystein Emmor
Suspek diiringi polis di Mahkamah Kuching. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Seorang lelaki yang merupakan suspek utama bagi kes bunuh di Batu Kawa diperintahkan Mahkamah Majistret supaya direman tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Permohonan reman sehingga Selasa depan itu dilakukan di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Suspek berusia 25 tahun itu diberkas di kawasan perumahan Everbright Estate di Jalan Batu Kawa pada 18 Februari lalu. 

Menurut laporan sebelum ini, suspek bersembunyi di rumah rakannya di (Everbright Estate) dan ditangkap anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) hasil daripada maklumat dan risikan. 

Sebuah kereta dipercayai digunakan suspek melarikan diri dalam kejadian tersebut.

Suspek memudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan lanjut.

Pada Isnin, seorang lelaki dikenali sebagai Abang Hisalihin Bahthika, 37 tahun ditemui mati dengan kesan tikaman di rusuk kiri, sekitar jam 3.48 pagi.

Polis berjaya mengenal pasti suspek hasil daripada penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

  • oleh
  • Advertisement