Anda di sini

Sarawak rekod dua kes baharu orang disyaki COVID-19

Advertisement
Penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching memakai penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19, baru-baru ini. - Gambar oleh Chimon Upon


KUCHING: Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mencatatkan dua lagi kes baharu orang yang disyaki (PUI) COVID-19 di Sarawak hari ini.

Kenyataan Sekretariat hari ini memberitahu, satu kes direkodkan di Hospital Umum Sarawak manakala satu lagi kes di Hospital Miri.

“Kedua-dua kes melibatkan warga Malaysia. Dengan jumlah ini, ia menjadikan kes PUI di Sarawak dari 10 Januari sehingga hari ini kepada 99 kes," katanya.

Jelasnya lagi, majoriti 76 kes melibatkan rakyat Malaysia, 20 warga China, seorang warga Thailand, seorang warga Indonesia dan seorang warga Kanada.

“Bagaimanapun, sebanyak 92 kes dibuktikan negatif selepas menjalani ujian makmal, manakala tujuh lagi kes masih menunggu keputusan," katanya.

Setakat 12 tengah hari pada Selasa, Jabatan Kesihatan Negeri mengimbas 11,761 pelawat yang tiba di beberapa lapangan terbang, pintu masuk darat dan laut di seluruh negeri, menjadikan jumlah diimbas ialah 131,292 orang sejak 1 Februari.

Bermula 11 Februari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai nama rasmi bagi penyakit virus korona 2019.

Advertisement