Anda di sini

Lelaki parah terjatuh dari tingkat tiga

Advertisement
HABIBI
HABIBI

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di Bandaran Berjaya kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian jam 3.23 pagi membabitkan seorang mangsa berumur 24 tahun yang dipercayai terjatuh dari koridor bangunan.

"Orang ramai yang berada di lokasi semasa kejadian berlaku segera menghubungi pasukan kecemasan sebaik melihat mangsa terjatuh dari bangunan berkenaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan selanjutnya di Hospital Queen Elizabeth (HQE)," katanya.

Beliau berkata kejadian masih dalam siasatan termasuk mengenalpasti punca mangsa terjatuh bagaimanapun tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kes ini.

  • oleh
  • Advertisement