Anda di sini

300 pelajar hadiri Hari Tenggiling Sedunia di Tawau

Advertisement
 Shavez menyampaikan ceramah mengenai tenggiling kepada pelajar.
CERAMAH: Shavez menyampaikan ceramah mengenai tenggiling kepada pelajar.

TAWAU: Lebih 300 pelajar menghadiri Hari Tenggiling Sedunia yang diadakan di Perpustakaan Wilayah Tawau, di sini baru-baru ini.

Acara yang dianjurkan oleh '1 Stop Borneo Wildlife' merupakan peristiwa penting dalam melindungi habitat tenggiling di negara ini dan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang hidupan liar yang unik ini.

Program yang julung kali diadakan di daerah ini telah mengumpulkan sebanyak lima buah sekolah menengah termasuk SMK Tawau, SM Holy Trinity, Sekolah Antarabangsa Charis, SMK Kinabutan 2 dan SK Taman Tawau.

Pengisian ceramah dilakukan oleh pakar daripada pelbagai bidang yang  dimulakan dengan Ketua Perpustakaan Fauziana Mohammad memberi penerangan berkaitan latar belakang Perpustakaan Wilayah Tawau.

Ceramah seterusnya dikendalikan oleh Shavez Cheema berkaitan tenggiling dan beliau merupakan ketua perkhidmatan penyelamat tenggiling di negara Brunei dan pengkaji tenggiling selama bertahun-tahun di Borneo.

Turut menyampaikan ceramah termasuklah Jamal yang berjaya menjejaki gajah Borneo, Presiden 1 Stop Borneo Wildlife Chun Xing Wong dan Dr Paloma Doktor haiwan dari Program Carnivore Borneo WildCRU.

Manakala Canon Malaysia turut mempersembahkan gambar-gambar flora dan fauna yang mereka perolehi daripada Taman-Taman Sabah melalui ceramahnya.

Canon Malaysia juga memperkenalkan galeri foto hidupan liar yang pertama diwujudkan disamping memberikan galakan kepada setiap jurugambar daripada 1 Stop Borneo Wildlife untuk berkongsi gambar-gambar hidupan tersembunyi yang mereka ambil di daerah Tawau.

Selain itu, seorang ahli pendaki dan pakar pokok terkenal di dunia, Unduh Jami menyampaikan ceramah dan memberikan peluang kepada sesiapa yang ingin mencuba memanjat pokok seperti yang dilakukannya.

Beliau juga turut berkongsi pengalaman uniknya memanjat pokok tropika tertinggi di Borneo sehinggakan dirinya menjadi terkenal.

Disamping itu, penganjur akan mengadakan bengkel hidupan liar di seluruh Borneo dan setiap aktiviti mereka boleh didapati di laman media sosial 1 Stop Borneo Wildlife sebagai rujukan.

  • oleh
  • Advertisement