Anda di sini

Lebih 4,000 penonton hadir beri sokongan kepada tujuh peserta MTQK

Advertisement
 Tetamu kehormat yang turut menyaksikan cabaran pada malam pertama MTQK.
TETAMU KEHORMAT: Tetamu kehormat yang turut menyaksikan cabaran pada malam pertama MTQK.

KOTA KINABALU: Lebih 4,000 penonton hadir ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) untuk memberi sokongan kepada tujuh peserta yang beraksi, malam kelmarin.

Paling menjadi tumpuan ialah peserta tuan rumah iaitu qari Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi dan qariah Siti Hatijah Mursuki yang menggalas cabaran pada malam pertama Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2020M.

Pencabar lain terdiri daripada Muhammad Asyraf Hairam Tuan Rosli (Johor), Dr Anuar Hasin (Perak), Mohamad Husaini Mahmur (Negeri Sembilan), Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi (Kelantan) dan Sarrul-Munirah Haris (Melaka).

Kebanyakan penonton terdiri daripada golongan pelajar sekolah menengah agama, penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, para peminpin serta masyarakat dari daerah berhampiran.

Turut mencuri tumpuan, gelagat anak-anak kecil yang dibawa bersama oleh ibu bapa mereka ke majlis tilawah yang memilih Sabah sebagai lokasi penganjuran buat kali keempat.

 Sebahagian masyarakat yang hadir memberi sokongan kepada cabaran MTQK 1441H/2020M.
SOKONGAN: Sebahagian masyarakat yang hadir memberi sokongan kepada cabaran MTQK 1441H/2020M.
  • oleh
  • Advertisement