Anda di sini

Jalan berlubang, penduduk mohon kerja baikpulih dilaksana segera

Advertisement
 Penduduk Taman Mawar memohon agar jalan raya rosak dapat dibaiki segera.
ROSAK: Penduduk Taman Mawar memohon agar jalan raya rosak dapat dibaiki segera.

SANDAKAN: Penduduk perumahan Taman Mawar, Batu 5 di sini memohon agar pihak berkaitan memberi perhatian kepada masalah jalan raya yang berlubang di kawasan itu.

Difahamkan, penduduk terlibat mengemukakan masalah itu kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sekong kira-kira sebulan yang lalu, bagaimanapun sehingga ke hari ini belum ada maklumbalas.

Penduduk mendakwa jalan raya yang berlubang dan dipenuhi air itu bukan sahaja membahayakan pemandu, malah turut menjejaskan pejalan kaki yang ingin ke kawasan kedai berhampiran.

Sehubungan itu, penduduk memohon kerjasama pihak berwajib agar menangani masalah kerosakan jalan raya terbabit yang merupakan jalan utama untuk keluar dan masuk ke Taman Mawar.

  • oleh
  • Advertisement