Anda di sini

Rumah terbuka Najib Jaya kukuhkan hubungan dengan pelanggan

Advertisement
 Najib (empat kanan) bersama tetamunya mengaul 'lao sang' sempena majlis itu.
MERIAH: Najib (empat kanan) bersama tetamunya mengaul 'lao sang' sempena majlis itu.

TAWAU: Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang dianjurkan Najib Jaya Holdings Sdn Bhd dapat mengukuhkan hubungannya dengan para pelanggan dan orang awam, di sini.  

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Najib Tay Abdullah berkata, sambutan ini merupakan cara syarikat ini untuk meraikan pelanggannya dan orang awam di daerah ini.

"Saya teruja kerana majlis ini mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan dan orang awam. Saya difahamkan lebih 200 orang yang hadir memeriahkan majlis ini.

"Program itu telah disusun dengan baik serta banyak aktiviti yang diadakan termasuklah tarian singa, mercun, pengagihan duit angpau kepada kanak-kanak dan mengaul tradisi Cina 'lao sang', " katanya.

Turut hadir Setiausaha Majlis Perbandaran Tawau Joseph Pang, Pegawai Majlis Semporna Benedict Asmat dan Pengerusi Kelab 4x4 Kalabakan Nasir Bacho.



 

  • oleh
  • Advertisement