Anda di sini

Polis Tuaran tingkatkan operasi serbu lokasi tumpuan aktiviti salah guna dadah

Advertisement
 Polis meningkatkan operasi membanteras aktiviti salah guna dadah di Tuaran.
BANTERAS: Polis meningkatkan operasi membanteras aktiviti salah guna dadah di Tuaran.

TUARAN: Polis meningkatkan operasi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini menerusi Op Ice Breaker yang dijalankan sehingga 14 kali seminggu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, lokasi tumpuan operasi berkenaan meliputi Taman perumahan Telipok Ria dan Kg Jembulang Mengkabong.

“Kita berhasil menangkap lapan suspek yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB.

 “Daripada jumlah itu, tiga suspek ditangkap kerana memiliki dadah dan lima lagi positif ujian saringan air kencing mengambil dadah,” katanya di sini.

Hamizi berkata demikian semasa mengulas mengenai kejayaan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tuaran dalam tempoh seminggu dari 10 hingga 16 Februari lepas.

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang ditahan berumur antara 29 sehingga 58 tahun serta terdiri daripada empat warga tempatan dan empat lagi warga asing.

 “Barang rampasan dalam operasi ini pula melibatkan 1.20 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM180 mengikut harga dadah di pasaran semasa,” katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement